Thursday, September 3, 2009

BUBUR LAMBUK RESIPI NENEK!





Assalammmualaikum semua,

Biasalah di bulan puasa ni, tekak sentiasa meragam mahu makan makanan yang jarang-jarang kita masak. Setiap kali bulan puasa, menu 'Bubur Lambuk' memang sudah menjadi menu wajib bagi keluarga saya. Resipi bubur lambuk yang istimewa ini adalah warisan dari arwah nenek saya. Rasa bubur lambuk ni memang enak. Sebab itu saya lebih suka memasaknya sendiri. Biasanya bila memasak makanan yang istimewa seperti bubur lambuk ini, saya memang akan memasak lebih untuk diberi kepada jiran-jiran. Tangan yang memberi itu kan lebih mulia dari tangan yang menerima. Lagipun di bulan Ramadan yang penuh berkah ini, memang baik untuk kita menghantar juadah berbuka puasa kepada orang-orang lain yang berpuasa. Disamping kita beroleh pahala, kita juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.

Berbalik pada resipi bubur lambuk nenek saya ini, bahan-bahannya biasalah ada daging, udang, daun selasih, daun kesum, daun kunyit, karot dan rempah ratus yang lain. Rasa bubur lambuk ni memang enak. Sukar untuk saya gambarkan. Anda kena rasa sendiri. Sesiapa yang berminat dengan resipi ini, bolehlah beritahu saya. Saya akan emailkan resipi ini kepada anda. Jangan malas-malas ke dapur. Hidangan yang kita sediakan lebih berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Lagipun 'air tangan' ibu waktu menyediakan makanan boleh menambah rasa cinta, kasih dan sayang sesama keluarga.

5 comments:

  1. SALAM MINA, SAYA CARI AWAK KAT FACEBOOK TAPI JUMPA ORG LAIN, JUST NAK BAGITAU, SAYA CUBA KETUPAT DAUN PALAS AWAK...MENJADIII DAN SEDAP!!! TKASIH...APA NAMA FACEBOOK AWAK YA??? BOLEH TAK EMAILKAN SAYA RESEPI BUBUR LAMBUK DI ATAS NI...BABY SAYA SUKA BUBUR LAMBUK!! TKASIH MINAAAA..SAYA SUKA BLOG AWAK!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi yang telah Mina keluarkan di blog ini. Minta maaf kerana Mina telah meng'activated'kan akaun FB Mina buat sementara waktu. InsyaAllah, Mina akan kongsikan resipi Bubur Lambuk itu dengan anda. Tungguuuu!!

      Delete
  2. Mina, pls upload more recipe... saya stp minggu buka blog puan kalau-kalau ada recipe baru. Saya suka cuba resepi awak sebab lebih meyakinkan dgn step dan gambar yg diajar. Paling rajin saya buat nasi ayam....Please upload more..and more...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok darl, will do InsyaAllah. Teruskan berziarah ke sini ya dan rajin-rajinkan diri mencuba segala resipi yang telah Mina sediakan. Semoga anda akan mahir memasak dengan segala tip yang telah Mina sediakan di sini :)

      Delete
  3. mcm best jer..cmner ek nk dptkan resepi?

    ReplyDelete