Jom Klik!

Monday, September 28, 2009

HIDANGAN ISTIMEWA DI HARI RAYA





Assalammualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan teristimewa untuk semua pembaca blog Dari Dapur Mina. Bercerita tentang Hari Raya, tentu tidak lengkap tanpa hidangan istimewa di pagi Syawal. Apakah hidangan istimewa anda di pagi Hari Raya?. Ermmm.....sudah tentu ketupat dan rendang menjadi kepala hidangan di atas meja setiap rumah di pagi Hari Raya.

Biasanya hidangan Hari Raya di rumah saya adalah Ketupat pulut daun palas, ketupat nasi, rendang daging, kurma ayam, masak lemak lodeh, sambal kacang sotong dan serunding daging. Tetapi raya tahun ini sedikit istimewa kerana saya telah membeli daging rusa segar. Dan daging rusa segar itu, telah dimasak rendang oleh emak saya. Rasanya sungguh manis dan enak.

Sebenarnya di dalam keadaan dan suasana yang kalut semasa menyediakan juadah untuk memasak hidangan hari raya, saya terlupa mengambil gambar untuk dimuatkan di dalam blog Dari Dapur Mina ini. Rugi pula rasanya. Iyalah, memandangkan hidangan untuk hari raya ini memang hanya disediakan setahun sekali sahaja.

Di kampung suami saya di Perlis, biasanya hidangan di pagi raya ialah ketupat palas yang dimakan bersama rendang ayam dan kari daging. Laksa Perlis juga menjadi menu utama di hari raya. Biasanya laksa dimakan disebelah petang. Itulah diantara masakan istimewa orang utara di Hari Raya.

Akhir sekali, walau dimana kita berada, walau bagaimana enak hidangan yang kita rasai, ingatlah ada diantara saudara seislam kita yang tidak dapat menikmati kegembiraan Hari Raya dan tidak dapat menikmati keenakan hidangan di pagi Syawal. Kita juga jangan lupa untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada saudara mara kita yang telah pergi dahulu menyambut seruan Ilahi. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Semoga Hari Raya tahun ini memberi seribu makna dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.


P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ


4 comments:

  1. salam mina
    saya suka makan ketupat yg dimkn dengan rendang dan lodeh. Tapi suami lebih suka nasi beriani. terpaksa ikut selera dia.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Kalau anda hendak tahu, saya suka makan ketupat dan nasi beriani. Pokoknya saya suka semua makanan tradisional melayu. Cadangan saya, mengapa tidak anda sediakan kedua-dua hidangan yang lazat ini di pagi hari raya. Tentu tidak ada yang komplen atau bermasam muka.

    Thanks kerana melayari blog 'Dari Dapur Mina'

    ReplyDelete
  3. assalam kak mina,
    nak tahu macam mana nak buat sup yang sesuai untuk raya.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam WBT wahai adik yang bertanya.

    Biasanya di musim perayaan sup daging atau tulang segar memang menjadi kesukaan tuan rumah dan tetamu. Cara dan resipi untuk membuat sup itu adik boleh cari di entri Sup Tulang ya. Adik boleh mencuba resipi itu pada Hari Raya yang akan menjelma tidak lama lagi ini. Selamat mencuba!

    ReplyDelete