Wednesday, September 9, 2009

IKAN TALAPIA GORENG BERLADO







Assalammualaikum semua
Hari ini saya ingin berkongsi menu istimewa masakan Minang iaitu Ikan Talapia Goreng Berlado. Saya memang suka akan masakan Minang atau Padang. Semasa saya kecil dulu, Bak saya selalu membawa saya makan di Restoran Yong Nasi Padang yang terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru. Berhadapan dengan KOMTAR. Waktu itu, lauk kegemaran saya adalah Hati Ayam Goreng Berempah dan Sayur Taugeh. Hendak ambil lauk banyak-banyak rasa takut pula. Takut Bak saya terkejut dengan harganya. Tapi sekarang ini Restoran Yong Nasi Padang sudah tiada. Yang tinggal hanya nostalgianya saja. Kalau ada pun, sudah tentu masakannya tidak seenak seperti dulu.

Berbalik dengan menu Ikan Talapia Goreng Berlado, ikan Talapia ini saya dapat segar dari pasar. Masih berlendir insang dan cantik matanya. Biasanya Emak saya lebih gemar memasak Lemak Cili Padi. Ikan Talapianya pula dibakar dahulu. Tetapi hari ini 'Dari Dapur Mina' memilih untuk memasak Ikan Talapia Goreng Berlado.

Seperti foto yang saya lampirkan di atas, begitulah cara-caranya. Jelaskan?. Cuma, jika anda ingin mendapatkan cara membuat sambalnya, bolehlah email kepada Mina. Untuk pengetahuan anda semua, Mina menggunakan cili merah hidup untuk membuat sambalnya. Cili merah hidup itu pula, perlu ditumbuk. Tidak boleh menggunakan pengisar kerana saya tidak mahu cili hidup itu terlalu hancur dan berair.

Jika berminat dengan resipi Ikan Talapia Goreng Berlado ini, bolehlah dapatkan resipinya 'Dari Dapur Mina'. Selamat berbuka puasa dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment