Wednesday, September 9, 2009

SAYUR KACANG PANJANG GORENG BERCAMPUR







Hari ini menu 'Dari Dapur Mina' menyediakan resipi Sayur Kacang Panjang Goreng Bercampur. Cara penyediannya amat mudah. Anda boleh meletak udang, sotong, daging lembu, peparu lembu atau hati dan pedal ayam. Ikut citarasa masing-masing. Tetapi hari ini, saya hanya meletak hati ayam yang sudah direbus sahaja untuk dicampur ke dalam sayur kacang panjang itu. Memandangkan hati ayam saja yang masih tersisa di dalam peti ais saya. Apa-apa pun anda boleh menambah rencah lain untuk menyedapkan masakan ini.

Ada juga orang yang menambahkan karot supaya warna sayur ini lebih nampak berwarna-warna dan menarik. Yang utamanya tempe, tauhu, suun dan tauhu kering jangan diabaikan. Masakan ini lebih enak dan pastinya lazat berkhasiat dengan kehadiran bahan ini. Anda juga boleh meletak sedikit santan pekat. Biasanya saya suka memasak Sayur kacang Panjang Goreng Bercampur ini untuk Hari Raya. Waktu itu semua bahan-bahan rencahnya cukup. Termasuk udang, hati, pedal, peparu, limpa dan daging. Yang pentingnya saya akan lebihkan tempe dan tauhu. Enak sekali.

Jika ingin rasa keenakan Sayur kacang Panjang Goreng Bercampur ini bolehlah anda di luar sana mencubanya. Tetapi kalau tidak jadi, jangan malu-malu minta resipi hanya 'Dari Dapur Mina'. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment