Monday, October 12, 2009

KEK GULUNG SARAWAK













Assalammualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua, resipi Kek Gulung Sarawak. Sebenarnya Kek Lapis Sarawak ini adalah resipi jiran disebelah rumah saya yang sememangnya berasal dari Sarawak. Nama beliau ialah Kak Zu. Apa khabar Kak Zu?. Tengah buat kuih ke?. Berbalik pada kisah Kek Lapis Sarawak itu tadi, dengan keizinan Kak Zu, saya dibenarkan merakamkan gambar-gambar sensasi bagaimana cara untuk membuat Kek Sarawak ini. Kak Zu jiran sebelah rumah saya ini sememangnya tidak kedekut ilmu. Saya bersyukur mendapat jiran yang baik dan selalu menghantar makanan dan kuih muih ke rumah saya. Kuih free tak ada ke Kak Zu?. Kalau ada, jangan lupa campak-campak kat rumah sebelah.

Kalau kawan-kawan semua perhatikan cara pembikinan Kek Gulung Sarawak ini sama dengan cara membuat kek lapis, cuma yang membezakannya ialah Kek Gulung Sarawak ini perlu di potong dan disusun menggunakan teknik susunan yang betul supaya Kek Gulung Sarawak ini menghasilkan corak-corak yang menarik mengikut kehendak si pembuatnya.

Oven yang saya paparkan di atas adalah oven sebenar yang digunakan untuk membuat Kek Lapis Sarawak. Oven ini dibeli khas dari Sarawak. Sesiapa yang berminat untuk menempah bolehlah menghubungi saya. Bukan setakat Kek Lapis Sarawak saja, Kuih-muih lain juga Kak Zu ambil tempahan. Kak Zu ni memang pakar dalam membuat kuih muih tradisional melayu.

Wassalam

No comments:

Post a Comment