Sunday, November 29, 2009

IKAN BILIS GORENG BERSAMA KACANG BENDI


Selepas hari raya biasanya kita sudah muak dengan masakan yang berlemak santan, berempah ratus dan terlalu berminyak. Silap-silap boleh mengundang sakit perut kerana makanan yang terlalu banyak rempahnya. Hari ini 'Dari Dapur Mina' ingin berkongsi resipi masakan yang cukup ringkas iaitu Ikan Bilis Goreng Bersama kacang Bendi. Masakan ini amat sesuai dimakan bersama nasi panas dan kalau ada sambal belacan lagilah ngam rasanya.

Bahan-bahan:

Ikan bilis (mesti lebih)
Kacang bendi
Bawang besar
Lada merah
Lada hijau
Cili padi (jika tahan pedas)

Caranya:

Semua bahan-bahan di atas perlu dihiris kecuali ikan bilis. Ikan bilis perlu digoreng dahulu. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi. Kacau. Biar sebentar dan angkat lalu dihidangkan. Selamat mencuba!.

2 comments:

  1. juadah simple tp cukup utk membangkitkan selera!

    ReplyDelete
  2. Salam Syida,

    Lauk ni bila stok makanan kat peti ais dah kehabisan. Actually, walaupun nampak simple tetapi rasanya sungguh enak jika dimakan dengan nasi panas dan kuah kari atau asam pedas semalam.

    ReplyDelete