Jom Klik!

Friday, November 27, 2009

JUADAH UNTUK DIJAMU TETAMU DI AIDIL ADHA



Selamat Hari Raya Aidil Adha saya ucapkan kepada pembaca setia Blog 'Dari Dapur Mina'. Hari ini saya ingin berkongsi resipi dan cerita tentang menu istimewa saya sekeluarga setiap kali menyambut hari perayaan seperti perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Walaupun semalaman saya letih kerana membantu emak saya menyediakan juadah hari raya ini, namun saya tidak lupa untuk mengambil gambar buat tatapan pembaca setia Blog 'Dari Dapur Mina'.



Ketupat Palas ini memang menu yang paling istimewa di rumah emak saya. Saya pandai membungkus ketupat Palas. Biasannya ini adalah menu utama orang utara apabila menyambut raya. Oleh kerana suami saya orang utara, resipi ini tetap menjadi menu utama di rumah saya juga. Tetamu emak saya, sering meminta dibekalkan dengan ketupat palas bila bertandang di rumah emak saya.



Ketupat mini segera ini memang mudah untuk didapati di kedai-kedai. Anda hanya perlu merebusnya dalam beberapa jam sahaja. Selepas itu, angkat dan toskan hingga kering.



Ini adalah rendang daging istimewa emak saya. Emak saya tidak suka rendang yang terlalu kering. Emak selalu melebihkan kuah bila membuat rendang daging ini. Biasanya emak saya akan membeli rempah giling basah di pasar. Rempah giling basah memang enak jika dibuat rendang. Mungkin kerana rempah ratusnya yang sudah kembang dan mudah meresap ke dalam daging bila memasakknya.



Ayam masak kurma juga adalah masakan istimewa emak saya. Kurma ayam ini juga dimasak dengan menggunakan rempah giling basah. Emak saya memang gemar menggunakan rempah giling basah. Aroma ayam masak kurma ini memang lazat sekali.



Ketam goreng cili ini adalah masakan kegemaran adik lelaki saya. Raya Aidiladha tahun ini dia meminta emak saya untuk memasakkannya lauk ketam goreng bercili. Masakan ini mudah disediakan. Yang paling penting, kita perlu memastikan yang ketam ini betul-betul masak isinya. Rasa manis ketam ini tidak akan hilang dan isinya benar-benar segar.



Masak lemak lodeh ini memang masakan orang Johor. Saya tidak pasti samaada masakan orang Melayu Johor atau yang berketurunan Jawa. Yang saya tahu, pada setiap hari raya, saya sekeluarga pasti akan menikmati masakan lemak lodeh yang enak ini.



Akhir sekali ialah sambal kacang. Tetapi sambal kacang emak saya lebih istimewa kerana dibubuh dengan sotong kembang. Jadilah ia sambal kacang sotong kembang. Rasanya manis sedikit tetapi pedas. Yang penting rasa masin, manis dan lemak menjadikan masakan sambal kacang sotong kembang ini enak dan menyelerakan. Di entri yang lain saya akan menulis resipi berkenaan menu juadah hari raya ini. Bersabar ya.....

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ


6 comments:

  1. ooooo..org utara ...patutla cara memasaknya sama aja.mak teh pun org utara-Perlis lebih tepat.

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Teh,

    Hubby Mina orang Utara, Kampung Belukar, Arau, Perlis. Lengkap Mina kasi Mak Teh alamat. Mak Teh sekarang tinggal dimana?. Masih di Perlis?

    ReplyDelete
  3. salam mina,mak teh di pasir gudang la..kg mak teh diperlis ialah kg Jelempok,Arau-sempadan ngan Kodiang.aduh bila tengok dangai diatas tu...sebak dada,ingat kg halaman-dangai paling sedap kat kuala perlis nun..

    ReplyDelete
  4. Salam Mak Teh,

    Tak sangka Mina yang Mak Teh tinggal di Pasir Gudang kerana Mina juga tinggal di situ. Mak Teh tinggal area mana di Pasir Gudang?. Nampaknya bukan saja kampung sama di Perlis, kediaman kita pun sama ye Mak teh. Ermmm...satu kebetulan yang begitu baik.

    Di Kuala Perlis ada jual Kuih Dangai?. Tak tahulah pula Mina sebab Mina belum pernah jumpa lagi. Biasanya Mina makan Pak semboq dan Laksa Kak Su di sana.

    ReplyDelete
  5. I suka rumah you!cantik!!!!

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Terima kasih di atas pujian anda itu. Jika mahu, anda juga boleh mewujudkan suasana dan dekorasi seperti rumah Mina. Yang paling penting sekali, anda perlu mengetahui dekorasi kesukaan anda. Mina suka dekorasi yang berkonsepkan English style + French style...:)

    ReplyDelete