Friday, November 27, 2009

NASI DAGANG ASLI DARI TRENGGANU

Nasi dagang yang dimasak menggunakan beras wangi, alba, santan dan bahan-bahan lain

Isi ikan tongkol masak kari yang telah diasingkan kerana bimbang isinya akan hancur

Kuah kari ikan tongkol

Acar timun dan karot


Ketupat sotong

Gambar nasi dagang berserta lauknya ini saya rakamkan semasa saya menghadiri 'open house' di rumah Ustaz Ismail dan Ustazah Wan yang merupakan mutawif haji saya. Beliau suami isteri sememangnya berasal dari Trengganu. Ustazah Wan memang pandai memasak. Pada majlis 'open house' tempohari, semua juadah telah dimasak sendiri oleh Ustazah Wan.

Sebenarnya sebelum ini, saya tidak makan ikan tongkol, al-maklumlah semenjak dari kecil emak saya memang tidak pernah memasak lauk ikan tongkol dan ditambah lagi dengan berbagai metos cerita yang saya dengar dari kawan-kawan tentang kejadian ikan tongkol itu sendiri. Namun semenjak dewasa, saya lebih berfikiran terbuka dan mencampak jauh segala cerita dongeng berkenaan ikan tongkol itu.

Nah...sekarang saya sudah berjaya menikmati keenakan nasi dagang berlaukkan ikan tongkol yang enak. Saya sememangnya suka makan nasi dagang tetapi dulu saya selalu berlaukkan gulai lemak pedas ayam. Namun sekarang, bila saya mencuba makan nasi dagang berlaukkan kari pedas ikan tongkol, saya dapat rasa keeanakan yang berlainan.

Di entri yang lain, saya akan paparkan nasi dagang hasil dari perkahwinan suami yang berasal dari Trengganu dan isteri yang berasal dari Johor. Saya akan namakan resipi itu sebagai 'Nasi Dagang GanJoh'. Maksudnya ialah nasi dagang Trengganu bercampur Johor.

2 comments:

  1. pergh!!terliur tgk gambar2 ni...nasi dagang favourite saya juga! :D

    ReplyDelete
  2. Salam Syida..

    Memang sedap Syida. Kejap lagi ni makcik tulis entri pasal nasi dagang juga. Tetapi ni nasi dagang versi orang Johor. Tetapi keenakannya tidak terjejas. Sedap gak!!

    ReplyDelete