Monday, December 21, 2009

RENDANG AYAM ISTIMEWA


Untuk memasak resipi Rendang Ayam Istimewa 'Dari Dapur Mina', bahan-bahan yang diperlukan ialah ayam, santan, daun kunyi, halia, kunyi, lengkuas, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, ketumbar, jintan manis, jintan putih, kerisik, minyak, garam dan serbuk perasa. Semua bahan-bahan itu perlu dikisar halus kecuali daun kunyit. Rempah ratus seperti kutambar, jintan manis dan jintan putih perlu disangai dan ditumbuk. Jangan lupa sediakan bawang putih dan bawang merah yang dimayang halus untuk digoreng sebelum menumis bahan-bahan kisar tadi.



Langkah pertama,panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah yang sudah dimayang halus tadi sehingga garing dan warnanya kekuningan. Waktu menggoreng ini, aromanya benar-benar menguja iman.


Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus dan tumis hingga garing dan naik bau.


Kacau rata hingga bahan tumis itu benar-benar garing. Sentiasa di kacau. Jangan biarkan tumisan itu hangus.



Apabila sudah garing, taburkan ketumbar, jintan manis dan jintan halus yang sudah ditumbuk. Gaul lagi hingga rata.



Kemudian, masukkan santan. Gaul hingga rata. Selepas itu masukkan ayam, kerisik dan daun kunyit. Masukkan sedikit air. Gaul lagi hingga rata.




Beginilah rupa ayam yang sudah diratakan dengan bahan-bahan tumis tadi. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Jika suka bolehlah masukkan sedikit gula dan asam keping. Terserah pada selera masing-masing. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya sedikit pekat. Kemudian, barulah dipadamkan api.



Beginilah rupa Rendang Ayam Istimewa 'Dari Dapur Mina'. Masakan ini sungguh enak jika dimakan dengan ketupat nasi atau ketupat pulut daun palas. Selamat mencuba. Sebarang kemusykilan bolehlah tulis kepada saya.

No comments:

Post a Comment