Monday, January 18, 2010

ASAM PEDAS UTARA


Selamat tengahari buat pembaca dan surirumah yang saya kasihi dan dirahmati Allah SWT. Agak-agaknya apa ya lauk untuk hidangan tengahari anda semua. Sekarang ini cuaca tidak menentu. Sekejap panas dan sekejap hujan. Tetapi ditempat Mina hari ini, cuaca memang agak baik. Dari pagi tadi mentari cerah bersinar dan angin bertiup agak kencang juga. Yang pastinya Mina perlu minum 8 gelas air putih untuk mengelakkan badan terhidrat.

Baiklah, hari ini Mina ingin berkongsi resipi utara iaitu Asam Pedas Utara. Asam Pedas Utara ini tidak sama dengan Gulai Asam Pedas Johor. Asam Pedas Utara sama seperti Asam Rebus tetapi bahannya agak berlainan sedikit.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan kembung, daun kesum, timun, asam keping, serai, lada kering, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, sedikit belacan, 10 biji ketumbar, garam dan serbuk perasa (jika suka).




Lada kering, kunyit, bawang putih, bawang merah dan ketumbar perlulah dikisar. Kemudian masukkan ke dalam periuk seperti gambar di atas. Serai perlu dititik. Cara memasak Asam Pedas Utara adalah dengan cara merebus ala-ala masak senggang gitu.




Masukkan air paras ikan dan tunggu hingga mendidih. Sebelum itu, masukkan garam dan serbuk perasa. Kemudian, bolehlah rasa tahap kemasinan mengikut piawaian citarasa si empunya makanan itu.


Beginilah hasil masakan Asam Pedas Utara yang Mina sediakan 'Dari Dapur Mina'. Musim panas begini, memang sesuai sangat jika pembaca masak cara begini. Ditambah ada sambal belacan dan ikan masin, ermmm..lagilah power. Selamat mencuba!!

4 comments:

  1. Salam Mina..
    Belum sempat merasa bubur cina dah keluar menu asam pedas utara pulak.Orang demam pun boleh naik selera tengok menu camni.Seperti kata Mina makan dengan sambal belacan mesti menambah2 makan nasi.Tapi kalau ada budu pun sedap juga, ikan kembung tu dicicah dengan budu.Apa2 pun asam pedas Johor tetap nombor 1.Betul tak Mina?

    ReplyDelete
  2. Sala Limau Kasturi,

    Limau Kasturi dah baik demam?. Mina doakan semoga Cik Limau kita cepat sembuh ya. Betul tu, lauk yang seperti ini memang sesuai jika dimakan dengan sambal belacan atau dicicah budu. Tetapi Mina tidak begitu pandai makan budu. Maaf ek Cik Limau kita. Bukan Mina sombong, tapi Mina dah cuba. Kalau cencaluk Mina sental je. Sedap ooo..

    ReplyDelete
  3. Wah! Tak pernah pulak masak asam pedas guna timun.... takpe nanti kita cuba. Nampak macam sedap jer! Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini Asam Pedas utara. Warga kampung di sana suka memasak Asam Pedas cara ini menggunakan ikan air tawar yang dikail sendiri di sungai, tali air dan sawah bendang. Timun pula, mereka gemar menggunakan timun tua yang akan dibuang bijinya dahulu. Timun pun mereka tanam sendiri. Asam Pedas ini sangat sedap dimakan dengan nasi, diratah begitu saja dan dihirup kuahnya. Mina sangat suka akan rasanya. Nanti Mina akan ajar cara membuat Ikan Pekasam ya kerana lauk sebegini akan bertambah enak jika dijamu bersama Ikan Sepat Pekasam yang digoreng garing :)

      Delete