Monday, January 25, 2010

KARIPAP KENTANG

Assalammualaikum buat pembaca setia Blog 'Dari Dapur Mina'. Hari ini Mina ingin berkongsi dengan anda semua resipi 'Karipap Kentang'. Ermmm..sebenarnya kalau hanya hendak makan setakat 2 3 keping, rasanya tidak berbaloi untuk kita bersusah payah memasak kuih ini, namun kadang kala teringin juga membuat karipap kentang hasil air tangan sendiri. Kiranya masa Mina menguli adunan untuk membuat doh karipap kentang ini, Mina terbayang suasana kedesaan di negara Itali yang Mina pernah baca dan melihat gambar tentang ragam kaum ibu yang sememangnya rajin ke dapur dan menyiapkan beraneka pasta dan roti untuk santapan keluarga mereka.

Ehhh..melalut pulak Mina. Baiklah, jom kita mulakan. Untuk membuat inti, kita perlukan kentang yang telah dipotong dadu, cuci dan rebus hingga sedikit empuk. Jangan lupa campakkan sedikit garam di dalam air rebusan kentang itu.




Setelah agak empuk kentang itu, toskan kentang dan mulalah membuat rencah untuk tumisan seperti bawang putih, bawang merah, ikan bilis (udang kering dan daging cincang atau rebus juga boleh digunakan. Bergantung pada selera individu). Bahan-bahan ini perlu ditumbuk. Jangan lupa sedikit serbuk rempah kari daging.





Panaskan kuali. Masukkan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk tadi hingga garing dan masukkan gula dan perasa. Kemudian, masukkan kentang rebus tadi. Paling-palingkan dan rasa tahap kemasinan dan kemanisan yang anda inginkan. Bila rempah sudah bergaul mesra, bolehlah inti itu di angkat dan disejukkan. Jika suka boleh juga dimasukkan daun sup yang telah dihiris. Tetapi kali ini Mina tidak memasukkannya kerana anak lelaki Mina tidak suka daun sup.




Beginilah rupa inti karipap yang Mina masak tadi.




Sementara menanti inti itu sejuk, jom kita belajar cara-cara membuat doh karipap. Mula-mula sediakan 1/2 kg tepung gandum, 2 sudu makan marjerin, 1/2 sudu makan minyak sapi, 40ml minyak masak (marjerin, minyak sapi dan minyak masak disatukan dan dipanaskan hingga cair) dan air putih hangat yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.




Mula-mula, tuangkan marjerin, minyak sapi dan minyak masak yang telah dicairkan ke dalam tepung seperti gambar di atas. Campuran minyak itu Mina biarkan agak sejuk sedikit, bimbang nanti melecur pula tangan Mina.



Mina ramas tepung dan campuran 3 rangkai minyak tadi hingga tepung bersatu dengan campuran minyak tadi. Tengok tu, beriya-iya Mina menguli. Naik lenguh jari jemari Mina. Namun untuk anda, pembaca semua, Mina rela berkorban.




Selepas itu, masukkan air hangat yang bercampur garam tadi, sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi seperti gambar di atas. Kemudian, tutup doh itu dengan kain bersih (jangan lak gunakan kain lap meja) atau penutup periuk dan biarkan selama 1/2 atau 1 jam.



Selepas diperap, bolehlah mula mencanai seperti ini. Pastikan anda menggeleknya jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Agak-agak lah ya, bak kata Iwan penyanyi dangdut, 'yang sedang-sedang saja'.




Dengan menggunakan pencetak bulat, cetakkan doh yang meleper itu bulat-bulat seperti gambar di atas. Kalau tidak ada pencetak, gunakan aje cawan plastik yang ada di rumah anda tu. Mina pun guna cawan je masa mencetak, sebab tu Mina tidak tunjuk pada pembaca semua. Mina kan kreatif (perasan lak Mina ni).




Selepas itu, ambil sekeping doh leper itu, sumbatkan dengan ini kentang tadi dan mulalah mengelimnya.




Beginilah rupa karipap yang Mina telah masukkan kentang dan Mina kelim. Cantik tak?. Mina memang suka buat kerja kelim mengelim ni. Semasa mengelim karipap ini, pastikan anda kelim betul-betul kerana jika keliman tidak lekat, kemungkinan risiko untuk karipap anda pecah semasa menggoreng nanti amat tinggi.



Selepas semua karipap siap di kelim, sementara itu, bolehlah panaskan minyak ke dalam kuali. Buka api sederhana sahaja. Jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Sederhana saja ye pembaca. Pengawalan api anda di saat menggoreng karipap ni sememangnya memerlukan kepakaran sains. Oleh itu Mina ingatkan supaya berhati-hati semasa menggoreng.


Alhamdulillah beginilah hasil masakan Karipap Kentang yang berjaya Mina buat. Karipap Kentang Mina tiada satu pun yang pecah. Warna kekuningannya juga cantik. Apatah lagi rasanya. Kepada surirumah yang banyak masa terluang di rumah, jomlah kita buat Karipap Kentang sendiri. Buat banyak-banyak pun tak apa sebab karipan ini boleh disimpan dalam peti sejuk beku ala-ala 'frozen food' gitu. Bila ada tetamu yang bertandang ke rumah kita, bolehlah kita hidangkan mereka dengan sepiring Karipap Kentang dan Secangkir Teh 'O' panas. Sedap kan!!!

40 comments:

  1. Salam Mina..Nampak sedap karipap tu.

    ReplyDelete
  2. kak mina masak mmg sedap.

    ReplyDelete
  3. Salam Nisa,

    Terima kasih kerana melayari Blog 'Dari Dapur Mina'. Alaaa...Along pun pandai masak, nanti resipi Laksa Johor Along, Kak Mina masukkan entrinya di sini ok...

    ReplyDelete
  4. salam kak mina...sy berbyk2 terima kasih pd akak la cz akak la ajar sy cara memasak ni even dlm dunia maya..tq tq tq

    ReplyDelete
  5. Salam Azimah,

    Itulah yang akak harapkan. Semoga ilmu memasak ini boleh dikongsi dan bermanfaat untuk semua. Yang penting sekali, kita perlu berusaha dan mencuba. InsyaAllah pasti akan ada hasilnya. Thanks.

    ReplyDelete
  6. Salam Mina
    Cantik karipap awak tu.......satu idea yang akak dapat kat sini inti kentang kena rebus dulu ya ...biasanya akak tumis rempah dan masukkan kentang....itulah semua orang bolih memasak tapi cara yang berbeza lepasni akak nak jugak cuba cara mina.Anyway terima kasih mina

    ReplyDelete
  7. Salam Kak SH. Mariam,

    Sebenarnya, cara merebus ubi kentang terlebih dahulu adalah cara orang hendak jimat masa atau cara orang berniaga. Cepat, mudah dan ringkas. Tetapi kalau ikut petua membuat karipap arwah nenek Mina masa dahulu, beliau tidak suka merebus ubi kentang dahulu kerana kata beliau nanti kemanisan ubi kentang itu akan hilang. Apa-apa pun terserahlah pada pembuatnya. Pada pendapat Mina, Mina lebih menitik beratkan hal masa. Tetapi kalau setakat membuat inti sebanyak 2 3 biji kentang saja, Mina akan gunakan cara arwah nenek Mina. Wassalam

    ReplyDelete
  8. salam seronot tengok dapur u yg comel putih melepak especially island tu,anyway resepi karipap u pun best tapi lagi best dapur u,saya ni peminat dapur,kalau g mana2 i tengok dapur dulu,hehhehe,muka tak malukan.tapi memang betul dapur mencerminkan wanita yg berada d rumah itu,cantik dapurnya cantik la surinya.wasalam

    ReplyDelete
  9. W'salam. Saya pun suka pergi ke dapur rumah kawan-kawan. Yang paling teruk sekali, saya suka membuka kabinet dapur dan peti sejuk rumah orang, sudah tentu dengan izin tuan rumah. Bila melihat dapur orang lain yang bersih, kemas dan tersusun, hati saya akan bersemangat untuk menjaga dapur saya dengan lebih rajin dan penuh dinamik. Jika bertandang ke rumah sahabat handai dan saudara mara saya akan banyak bertanya berkenaan masa dan perkara apa yang membuatkan mereka suka berada di dapur. Untuk pengetahuan anda, saya tidak suka meletakkan perhiasan yang tidak boleh saya gunakan. Setiap perhiasan yang ada di dapur, saya akan pastikan yang ianya bermanfaat untuk kerja-kerja saya didapur. Bukan sahaja ianya cantik sebagai perhiasan, malah ianya boleh membantu saya dalam melakukan kerja-kerja di dapur especially memasak.

    ReplyDelete
  10. Salam k Mina:) saya dari Jepun.time kaseh bg resepi ni..kebetulan nk buat karipap utk jualan kat sekolah..tadi dah try buat sekali..alhmdlh ok..tapi lepas mencanai bagi leper tu kan, masa nk tarik keluar( nk letak inti), doh tu macam melekat pulak kat meja T.T kenpa ye jadi macm tu?..

    ReplyDelete
  11. Waalaikummusalam wbt

    Actually, akak tidak berapa pasti tentang masalah adik ni. Tidak pernah pula selama ini akak buat doh karipap jadi seperti adik. Seolah-olah doh itu seperti getah yang mempunyai gam hingga sukar untuk di tarik & pegang. Kenapa ya?. Ok untuk menjawab persoalan yang menyesakkan fikiran adik ini, akak cuba buat post mortem ya. Nanti adik cuba analisis apa yang tidak kena dengan doh karipap cara adik.

    1. Pastikan tepung yang digunakan adalah tepung gandum.

    2. Tepung gandum jika diuli dengan air saja, teksturnya akan liat dan sebab itu perlu dimasukkan sedikit minyak atau minyak sapi atau mentega atau marjerin atau lemak sayur. Pilihlah salah satu tetapi dalam resipi ini akak campurkan sedikit minyak sapi bersama minyak dan akak cairkan.

    3. Minyak sapi yang hendak dimasukkan ke dalam doh tidak boleh terlalu banyak kerana ianya akan mengakibatkan doh terlalu peroi, berminyak dan setelah digoreng rasanya agak rapuh dan agak muak. Akak gunakan sukatan hanya untuk sekadar ambil bau keharumannya saja.

    4. Tepung gandum, air, minyak atau minyak sapi atau mentega atau marjerin atau lemak sayur perlu diuli hingga bersatu dan tangan anda tidak melekat dengan sisa-sisa tepung gandum itu. Jika adunan anda masih likat dan melekat di tangan, itu tandanya anda perlu memasukkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke dalam doh yang masih lembik itu hinggalah doh menjadi ngam dan boleh membentuk apa saja.

    Sebenarnya, hati akak cenderung mengatakan yang doh anda masih lembik dan perlu ditambah dengan tepung gandum lagi.Sebenarnya memasak ini mudah. Yang perlu anda tahu hanyalah teknik dan keseniannya.

    ReplyDelete
  12. Menariklah resipi karipap kentang kak mina ni... Saya pasti akan cuba nanti! =)

    ReplyDelete
  13. Hi Anisa, akak bersetuju sangat dengan komen adik ni. Memang menarik resipi ini, namun lebih menarik lagi jika adik rajin-rajinkan diri untuk mencubanya. Masa menguli tepung atau doh Karipap itu, pastikan mulut adik sentiasa berzikir dan berselawat, akak pasti mesti keluarga adik akan bertambah sayang kepada adik dan tidak jemu untuk menjamah masakan yang terhasil dari air tangan adik itu.

    ReplyDelete
  14. sekarang juga nak cuba resepi ni....untuk sarapan jap agi!terima kasih kongsi resepi!

    ReplyDelete
  15. salam kak mina~ poroni suka sangat memasak~ dulu poroni suka buat karipap tp menggunakan mentega~ poroni jarang guna majerin..doh karipap pom poroni buat ala-ala macam kulit pai~ poroni ingt nak cuba masakan kak mina~ yg sup ketam pom bagus~ poroni nak buat untuk kawan poroni yg kena dmam denggi~ tq kak mina because share ur recpie~ gomawo~

    ReplyDelete
  16. Sila cuba tau...jangan tak cuba!

    ReplyDelete
  17. Salam Poroni,

    Nampaknya Poroni ni memang seorang yang rajin ke dapur dan rajin mencuba pelbagai resipi ya. Syabas akak ucapkan. Resipi membuat doh karipap ini juga ada banyak versi. Akak hanya menggunakan resipi turun menurun dari nenek akak saja. Paroni pernah dengar nama 'Samosa'?. Samosa ini juga dohnya seakan sama dengan doh Karipap tetapi Samosa berbentuk bulat dan berinti daging cincang didalamnya. Aduhai..bila sebut saja tentang Karipap dan Samosa, tiba-tiba perut akak meliuk lintuk mengeluarkan irama raggae minta di sini. Lapar lah...hehehe

    ReplyDelete
  18. Assalam kak mina.mmg menarik resepi karipap akak ni.td saya google utk cr resepi trbukak pulak blog akak.sy baca komen2 kat bawah n tersentuh sy bila akak ckp smbil uli tepung sambil berzikir n berselawat.selalu sy buat cmtu kalau nk basuh ayam daging ikan masak nasi atau sayur.tp bile akak mguli pn buat mcmtu sy trsentuh.kagum ngn cara akak sbb dpt rs keikhlasan hati akak memasak utk family dan kerana Allah...keep it up ya kak...assalam

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikummussalam Azura Farid Adam

    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke dapur akak yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah, bukan setakat semasa memasak saja kita perlu berzikir, malah semasa membuat kerja-kerja lain juga hati dan mulut jangan lupa untuk berzikir dan bersalawat. Ingat! hanya dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang. Terima kasih Azura. Singgahlah lagi ke sini ya :)

    ReplyDelete
  20. thanks kngsi resepi ni...1st time wat karipap...ikut resepi n cara u mmg jadik la sis....alamat nye org ruma i bukak pose mkn karipap le jwp nyerr...:)

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum WBT Rina

    Alhamdulillah, jadi juga cubaan pertama Rina untuk membuat Karipap resipi Mina ini ya. Baguslah kalau macam tu. Kenapa tidak hantar pada Mina barang seketul dua Karipap buatan Rina itu?. Lain kali hantar tau!

    ReplyDelete
  22. Salam kak··hari ni saya buatkaripap·dah siap uli semua bru nak intai blog akak·syok la·banyaknya akak berceloteh·akak nti btandang la ke blog saya yang suam2sejuk tu. Klu jd follower semangat la sya ckit.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Farnas

      Terima kasih kerana sudi menjadikan blog akak sebagai rujukan untuk menimba ilmu tentang masakan. InsyaAllah, akak akan singgah dan menjadi follower di blog adik ya :)

      Delete
  23. Boleh x tnjuk cara step by step cmana nak klim karipap bg cantik mcm mina punye.. sbb sy xreti nak klim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk belajar cara 'klim' kulit karipap, Mina cadangkan supaya anda membeli tanah liat mainan di kedai-kedai yang menjual alatulis dan cubalah anda membuat latihan 'klim' karipap itu hingga 'keliman' anda menjadi cantik seperti 'keliman' hasil tangan Mina.

      Agak payah untuk Mina menunjukkan gambar satu persatu kerana ianya akan memakan masa untuk memasukkan banyak gambar dan menulis entrinya. Lainlah jika anda ingin belajar 'mengelim' karipap secara berdepan dengan Mina.

      Delete
  24. saya memang gemar karipap,kira kuih wajib la...maaflah saya curi resipi ni,nak cuba buat sendiri....kadang beli inti dia sikit je,kurang cantik dan sdap....kalau ikut resepi nie,jual satu RM 0.30 ade untung tak? anyway terima kasih dan rasanya banyak lagi resepi puan saya nak cuba...dah jadi surirumah nie kena belajar memasak la...isteri kerja balik petang..so far anak2 pun kata masakan ayah sedap...lebih sedap dari masakan mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah susah-susah nak curi, memang saya dah sedekahkan pun resipi-resipi di blog ini dengan niat kerana Allah SWT. Pesan saya, jika mahu berniaga, berniagalah kerana Allah SWT, insyaAllah berkat. Di Johor Bahru Karipap seperti ini dijual dengan harga 3 biji seringgit. Wallahualam

      Delete
  25. Assalamu'alaikum Kak..

    Senang je tengok resepi karipap ni.. Nak cuba buat, harap-harap menjadi..

    Oh ya.. Suka tengok rumah Kak Mina.. Cantik sangat.. teringin nak ada persekitaran rumah macam ni jugak.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      InsyaAllah, adik juga boleh membuat karipap seperti ini. Terima kasih dik kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di ruangan ini. Jika adik ada impian untuk memiliki dekorasi rumah seperti ini, insyaAllah akan berjaya juga nanti :)

      Delete
  26. Replies
    1. Buat sajalah...Apa nak ditunggu lagi?. Resipi kan dah ada tu, cuma tinggal cari bahan-bahan dan disulami dengan keazaman yang jitu. InsyaAllah, akan menjelmalah Karipap di depan mata. Tak gitu??.

      Delete
  27. Assalamualaikum aunty mina, boleh tak saya nak copy gmbr2 kat atas untuk folio sekolah? Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam WBT

      Boleh, dengan syarat sertakan sekali dari mana sumber itu diambil ya. TQ:)

      Delete
  28. kak mina,nk tanya sikit ni...mcm mna cara klu nk simpan karipap ni (goreng utk keesokan hr nye)..ada kaedah yg terbaik x?pernah simpan dlm peti sejuk tp bla nk goreng keesokan hr nya,karipap tu plak buat hal melekat sesama sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas anda mengelim karipap tersebut, susun atas dulang kecil secara jarak-jarak ya. Masukkan terus ke tempat beku. Sebentar lagi pastinya tepung karipap itu akan membeku. Setelah beku, bolehlah anda susun ke dalam tupperware. Susun elok-elok pada lapisan pertama, kemudian alas dengan plastik dan susun lagi untuk lapisan kedua ya. Kemudian segera simpan di tempat beku semula. InsyaAllah, apabila karipap yang sudah mengeras itu disusun, pasti ianya tidak melekat sesama sendiri.

      Delete
  29. Salam k.Mina...Terima Kasih Resepi karipap ni,mmg sedap.Td masa saya nak masak intinya...gas rmh saya abis plak,dh la lauk lain x masak lg.Lepas beli gas,saya terus sambung masak inti karipap ni,ikut kak Mina punya resepi....pas settle masak saya terus ceduk nasi coz dh lapar sangat(x blh lapar,nnt mengeletar seluru badan),lauknya tu ar inti karipap tu.sedap gak kak makan ngan nasi,pasni nak buat kulit plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Melina

      Alhamdulillah, Melina suka dengan resipi yang akak kongsikan ini. Kalau sedap, boleh buat lagi di lain hari. TQ:)

      Delete
  30. K.mina...ila dh cuba buat..alhmdllh ofismate smua suka n then sdp pulaak tu...hi3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ila dah cuba ya. Alhamdulillah, kerana Ila sudah berjaya merealisasikannya. Inilah yang akak harapkan :)))

      Delete