Sunday, January 10, 2010

KUIH DANGAI EKSKLUSIF DARI DAPUR MINA



Hari ini eksklusif 'Dari Dapur Mina' membawakan resipi Kuih Dangai. Sekarang ini jarang saya lihat Kuih Dangai dijual di gerai-gerai kuih. Saya teramatlah suka makan kuih ini. Semasa saya balik ke kampung suami di Perlis, tempohari, akak ipar saya telah bermurah hati membuat dan mengajar saya akan cara membuat Kuih Dangai. Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung pulut, kelapa muda parut yang diambil bahagian putihnya saja, sedikit garam dan gula pasir untuk ditabur. Cara-caranya, ramaskan tepung pulut, kelapa parut muda dan garam. Ramas dan gesel tepung pulut dan kelapa parut muda itu agar tidak berketul seperti gambar di atas.



Pastikan anda mempunyai acuan untuk membuat Kuih Dangai seperti ini. Kemudian , masukkan bancuhan yang telah diramas itu ke dalam acuan seperti gambar di atas.



Ratakan dan muatkan ngam mengikut acuan. Tidak perlu ditekan mampat. Hanya pastikan seluruh acuan itu dimuatkan dengan bancuhan tadi. Kemudian taburkan gula pasir ke atasnya. Pastikan gula yang anda tabur tidak tertabur di bahagian besi acuan kerana ini akan menyebabkan Kuih Dangai melekat dan sukar untuk dikeluarkan dari acuannya apabila telah masak nanti.




Bakar di atas dapur dengan api yang sederhana kecil



Tutup acuan menggunakan tutup khas seperti gambar di atas.


Setelah agak garing dan masak. Angkat dan keluarkan seperti gambar di atas.



Potong dan kerat seperti gambar di atas.


Tangkupkan dua supaya menjadi satu. Dibahagian tengah Kuih Dangai , rasanya manis kerana gula pasir yang telah ditaburkan sebelum dibakar tadi.


Beginilah hasilnya Kuih Dangai yang menjadi makanan kegemaran saya. Rasanya garing dan lemak. Ada rasa manis gula yang mencair di dalamnya. Pendek kata kalau dah mula rasa sebiji, pasti mau lagi. Terima kasih Ustazah Cik Nab kerana bersusah payah membuat, mengajar dan menjamu mina dengan kuih tradisional kita yang semakin pupus ini.

18 comments:

  1. kuih ni asal dari perlis ke kak mina..ni first time sy lihat dan dgr

    ReplyDelete
  2. Salam Na,

    Akak pun tak pasti Kuih Dangai ni asal dari mana. Tetapi sejak dari akak kecil dulu, Kuih Dangai ni banyak di jual di gerai-gerai tepi jalan disepanjang jalan di Pasar Lama, Johor Bahru. Kiranya kepopularan Kuih Dangai ni setanding Kuih Apam Balik lah. Namun, masa ni susah sangat nak jumpa Kuih Dangai yang dibakar panas depan pelanggan macam dulu-dulu. Kalau ada pun mungkin di pasar2 malam atau pun di bazar2 ramadhan. Itupun kena cari betul-betul. Ermmm...rasanya generasi zaman ini memang tidak kenal bentuk rupa Kuih Dangai ni.
    Thanks Na...

    ReplyDelete
  3. Salam Mina..
    Apam balik memang semua org tau.Tapi kuih dangai ni tak pernah dengar pulak.Macam bunyi kuih belah sabah serawak sana.Tapi biasanya kalau Mina kata kuih tu sedap mesti betul2 sedap.Sekali tengok macam kuih putu bambu.Dua kali tengok macam kuih beke, kuih org pantai timur.Tapi kalau ada depan mata dah tak sempat nak tengok2 terus ngap masuk mulut.Bagus jugak Mina masukkan resepi kuih2 tradisional.

    ReplyDelete
  4. Salam Limau Kasturi,

    Memang sedap rasa Kuih Dangai ni. Kalau tak percaya, nanti suatu hari, saya sendiri akan membuatnya. Bukan payah pun, cuma perlu mencari acuan Kuih Dangai itu saja. Nanti kita buat kenduri Kuih Dangai ye Limau Kasturi. Jom pulun sama-sama...

    ReplyDelete
  5. Salam Mina
    Kuih Dangai ni memang sedap....akak pernah buat tapi bukan guna acuannya....versi loyang dan di masak dalam oven ok gak kalau sesak2 teringin nak makan cuma klu guna loyang kena sapukan sikit butter pada loyangnya.

    ReplyDelete
  6. Salam Akak SH. Mariam,

    Cara akak buat tu boleh digunapakai juga. Lagi mudah, cepat, garing dan sedap. Cuma biasanya kita perlu menggunakan dua loyang dan bakar dalam waktu yang sama. Pastikan gula pasir ditabur di atas kedua-dua loyang itu. Dan apabila kedua-dua loyang Kuih Dangai itu sudah masak. Sila keluarkan Kuih Dangai itu dari loyang masing-masing dan sila tangkup dua Kuih Dangai itu seperti kita menangkup dua keping roti. Kemudian, barulah dipotong. Biasanya Mina menggunakan loyang bulat. Mudah untuk dipotong seperti memotong kek...:)

    ReplyDelete
  7. memang sedap kuih ni kak oiii... singgah sini pinjam gambar.. heeeeeee

    ReplyDelete
  8. kuih faverit gak.penah bt kuih ni tp versi lain.juz ratakn jak kt kuali n panaskn dgn api kecik sampai kekuningann skit..sodaaappp..

    ReplyDelete
  9. jika nak order acuan kuih dangai boleh jer order dgn akak yer

    ReplyDelete
  10. Hai Lieya, kuih tradisional ini rasanya memang enak tenang. Selepas pinjam, pulangkan semula gambar tu ya. Ok, silakan.

    ReplyDelete
  11. Hai adik, cara yang adik gunakan tu pun boleh digunapakai juga. Janji kuih Dangai itu masak dan garing, terus boleh dimakan. Ikutlah kreativiti masing-masing asalkan bahan-bahan asalnya tidak diubah.

    ReplyDelete
  12. Hai Zaitong, Mina tidak menjual acuan kuih Dangai ini. Acuan kuih Dangai ini banyak terjual di kedai-kedai lama di area Perlis. Lagi mudah jika anda terus pergi ke Padang Besar, di kedai menjual peralatan memasak. Segala bagai acuan dan periuk ada di jual di situ.

    ReplyDelete
  13. my favourite.... kuih dangai ni.... dulu masa kecik2, masa zaman sekolah pernah buat... tapi masa tu, resepi main tibai je... tu yang kdg lembut , kdg keras.... yang paling suka tang gula dia kat tengah tu... dia mencair bila dah masak...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum WBT Dessert Paradise

    Mina pun suka sangat makan kuih Dangai ini. Masa kecil-kecil dahulu sangat mudah untuk mendapatkan kuih Dangai di gerai-gerai kecil tepi jalan. Tetapi zaman sekarang ini agak sukar untuk mendapatkannya. Mina pernah cuba mencari kuih Dangai ini di gerai-gerai Pasar Malam tetapi tidak pernah berjumpa. Mina sangat bimbang jika spesies kuih Dangai yang exotik dan enak ini akan pupus. Minta-minta janganlah ya. Ini kan kuih tradisional kita.

    ReplyDelete
  15. Saya memang suka kuih ni..sekarang tinggal di Puchong langsung tak pernah jumpa di pasar malam or gerai kuih pagi2..Tq for the resepi..nak cari acuan baru boleh try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mina juga suka makan kuih ini tetapi jika Mina membeli kuih ini di kedai, rasanya agak liat dan kuih ini agak berat. Jika kita membuat sendiri, rasanya lebih sedap dan teksturnya agak ringan dan garing. Cuba cari acuan dan buat sendiri. Pasti sedap rasanya.

      Delete
  16. Xde sukatan ke untuk tepung pulut, garam & kelapa, ke main agakx je? Mohon kongsi resepi tu leh tak? Tk wslm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampung masak memang tidak menggunakan sukatan yang terperinci. Mereka hanya menggunakan anggaran sahaja. Anggarannya lebih kurang seperti ini : 1 cawan tepung pulut dan 1 cawan kelapa parut (putih sahaja). Nisbahnya sekata. Cubalah anda buat!

      Delete