Monday, January 11, 2010

RESIPI AYAM PANGGANG ISTIMEWA 'DARI DAPUR MINA'


Oleh kerana ramai sangat yang bertanyakan resipi Ayam Panggang ini, di sini Mina sertakan resipinya. Diharap pembaca semua salin baik-baik ye. Jangan tertinggal satu pun bahan-bahan yang Mina sertakan. Semoga berhasil!!

1 ekor ayam- boleh dibakar sekor-sekor atau dibelah 2 atau dipotong 4. Mina rasa sebaik-baiknya dipotong 4 agar ibubapa dan anak beranak tidak berkelahi merebut ayam. Maklumlah masakan ni memang sedap dan menguji kesabaran untuk terus makan secara berlebihan. Kalau dapat dibakar 2 ekor, lagilah ngam.

Bahan-bahan kisar untuk perap ayam:

kunyit serbuk atau hidup sedikit
halia sedikit
bawang putih
bawang merah
sedikit lada kering (jika suka pedas, bubuh banyak-banyak)
Rempah kari ayam 1 paket (Mina gunakan brand Babas, jangan terbabas sudah)
Jintan manis sedikit
Jintan putih sedikit
ketumbar sedikit
2 batang serai yang dititik
garam
perasa jika suka

Semua bahan-bahan ini Mina kisar halus kecuali serai. Biasanya Mina lebih suka menumbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar, biar rasanya tidak hilang semasa menggigit ayam panggang nanti. Pastikan semasa menggaul rempah dan bahan kisar itu tadi, anda siap-siap memasukkan garam dan perasa dan rasalah terus tahap kemasinan yang anda perlukan. Jika suka manis, bolehlah masukkan sedikit gula atau madu. Sedikit saja tau.

Pertama sekali, bersihkan ayam dan potong mengikut keperluan keluarga anda ya. Kemudian, ambik garpu dan cucuk-cucuk badan ayam tu supaya bila dilumur dengan rempah yang telah dikisar itu rempah ratus itu akan menyerap masuk ke dalam daging ayam dengan sekata. Selepas itu bolehlah memerap ayam ini. Itupun jika anda ada masa, jika tidak, anda bakar je lah. Tak perlu susah- susah nak tunggu perap sebab ayam ini akan dibakar selama 2 jam di oven, gerenti masak punya.

Berbalik semula pada ayam tadi. Sebelum dibakar, pastikan anda sudah memanaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, sediakan loyang pembakar. Oleskan dengan minyak. Mina selalu gunakan minyak jagung. Jika tiada minyak jagung, hentam je la minyak kelapa sawit. Kemudian susun ayam yang sudah diperam itu. Selitkan serai yang telah dititik di dalam kulit ayam dan di kawasan-kawasan yang sepatutnya untuk menyerbakkan aroma keharuman semasa dibakar nanti. Benar-benar mengundang selera tau.

Akhir sekali, jika suka, bolehlah masukkan kentang yang sudah dikupas sebiji-sebiji , bawang besar dan tomato. Ayam Panggang ini akan lebih menarik dengan adanya bahan-bahan tambahan seperti ini. Lagipun resipi ini benar-benar mengikut piawaian makanan seimbang yang diluluskan oleh Mina. Last but not least, renjiskan 2 atau 3 tompok mentega atau marjerin ke atas ayam yang telah disusun ke dalam loyang tadi. Bakar selama 2 jam mengikut suhu kepanasan untuk membakar ayam.

Jika masih tidak jelas, rujuklah di gambarajah di entri 'Ayam Panggang Istimewa Dari Dapur Mina' yang telah Mina keluarkan tidak lama dulu. Selamat mencuba!!

P/S: Untuk Syida yang meminta resipi ini di Facebook Mina.
Salam, Syida. Ni resipi yang Syida minta. Masak jangan tak masak!

18 comments:

  1. Salam mina..
    Kena masak ayam tu ikut gaya mina masak la kan baru sedap ayam panggang tu.1 ekor tak cukup tu.Betulkan Mina.

    ReplyDelete
  2. Salam Limau Kasturi,

    Betul tu Limau Kasturi, alang-alang nak membakar ayam, biarlah 2 ekor sekaligus. Baru puas hati sekeluarga makan. Bimbang nanti, masing-masing berebut ambil di bahagian peha. Ohhh...rasa ayam panggang ini, sungguh enak sekali. Jusnya mengalir keluar dari rekahan antara tulang dan daging ayam. Aromanya pun dah mencabar iman. Kalau Limau Kasturi nak rasa, cubalah.

    ReplyDelete
  3. yeay!! kalo jadik saya tepek gambo kat fb makcik

    ReplyDelete
  4. Salam Syida,

    Sure jadi punya. Kalau dah masak, kasi makcik rasa dulu. 'Kalau sedap beritahu kawan, Kalau tak sedap beritahu kami'. Cogankata ni bagus jika diletakkan di pintu keluar setiap restoran. Nanti Syida panjangkan pada Cikgu Romli yer...

    ReplyDelete
  5. i wish you're my mom

    ReplyDelete
  6. I wish i can be your mum, kid. Thanks for your appreciation dear. Smile always :)

    ReplyDelete
  7. mesti sedap.....

    ReplyDelete
  8. Salam Nurul Atiqah,

    Silalah mencuba!. InsyaAllah sedap :)

    ReplyDelete
  9. salam mina... wow nmpak sedap. kena cuba ni bab anak2 saya memang gemarkan ayam. hari2 mesti ada ayam sampai saya pn dah naik pusing nak masak cam mana lg...mesti cuba..

    ReplyDelete
  10. Waalaikummussalam Azie. InsyaAllah resipi Ayam Panggang Istimewa ini sedap jika anda ikut semua cara dan teknik yang telah Mina ajarkan di atas. Masakan yang mudah dan gerenti dapur anda tidak bersepah dengan segala minyak. Hanya guna cara peram dan bakar saja. Selamat mencuba!!

    ReplyDelete
  11. kak mina, klu xmoh bkr, bole x digoreng ayam ni?

    ReplyDelete
  12. Jika adik malas hendak membakar, boleh juga guna cara menggoreng tetapi pastikan api dapurnya kecil sedikit dan rajin-rajinkan diri memaling ayam peraman itu semasa upacara menggoreng sedang dijalankan. Bukan apa,akak risau jika adik leka, ayam peraman adik itu rentung diluar tetapi mentah di dalam. Kalau boleh biarlah ayam itu sempurna masaknya. Garing di luar dan masak di dalam. Berbeza jika adik menggunakan cara membakar, adik hanya perlu set masa 2 jam dan selepas tamat 2 jam, ayam itu sedia untuk dimakan. Apa-apapun teknik semasa menggoreng itu perlulah bijaksana ya.

    ReplyDelete
  13. Suhu berapa untuk nak bakar ayam tu ye? 180?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diantara 160 hingga 180 darjah celcius.

      Delete
  14. salam makcik

    kalau kita panggang ayam pakai arang sedap ke x..hilang x rasa kesedapan rempahnya..sbb sy suka buat bbq biasanya rempah sy beli kt pasaraya je tp x sdp la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      Boleh guna kaedah memanggang di atas bara api tetapi pastikan dahulu ramuan rempah ratus itu diperap bersama ayam beberapa jam sebelum dipanggang supaya rempah ratus itu menyerap ke dalam daging ayam tersebut.

      Delete
  15. Dear Mina,

    I like your blog very much, me think you are a super cook, thank you for sharing the "delicious" looking receipes.Take care

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Mina, boleh bagi kuantiti bahan2 x? Yana xpandai nak agak2..

    ReplyDelete