Thursday, January 28, 2010

UDANG MENTEGA (BUTTER PRAWN)


Bahan yang diperlukan untuk memasak Udang Mentega ialah 1/2 kg udang (apa-apa jenis udang pun boleh), butter setengah buku, kuning telur 4 biji, susu cair 1/2 tin, 2 ulas bawang putih (dicincang), cili padi 5 biji (jika mahu pedas, tambah lagi), daun kari 2 pelepah, garam, perasa dan minyak untuk menggoreng.




Mula-mula, panaskan minyak dalam kuali. Udang mesti dibersihkan dulu dan gaul dengan garam. Bila minyak dikuali sudah panas, masukkan udang. Goreng udang jangan sampai kecut. Agak-agaklah ye.



Setelah siap digoreng, toskan udang itu seperti gambar di atas.




Kemudian, panaskan kuali lain dan masukkan butter (mentega) . Biarkan sebentar sehingga butter itu cair. Ada faham?.



Kemudian, tumiskan bawang putih yang telah dicincang hingga harum. selepas itu masukkan cili padi ( Mina biarkan cili padi itu sebiji-sebiji)




Selepas itu masukkan daun kari. Biarkan sebentar hingga daun kari itu agak garing seperti gambar di atas. Kemudian masukkan garam dan perasa. Jangan letak banyak-banyak kerana udang tadi pun dah ada rasa masinnya sebab Mina sudah bubuh garam sebentar tadi. Pastikan anda menggunakan butter unsalted.




Sementara itu, kuning telur dan susu cair pukul hingga berbuih menggunakan whisk. Macam pukul telur untuk membuat telur dadar. Kemudian, tuang sedikit demi sedikit bancuhan itu ke dalam kuali. Tangan kiri menuang dan tangan kanan terus mengacau secara bulatan. Dan jangan lupa gunakan tangan orang lain untuk mengambil gambar (seperti Mina buat ni).




Kacau laju-laju seperti Mina buat ni. Jangan sampai kuali terbalik sudah. Kepanasan api kena jaga. Biasanya api kena agak besar tetapi jangan sampai hangus bancuhan tu anda kerjakan.



Bila agak dah berbuih semacam bahan-bahan tadi, masukkan udang dan gaul hingga rata hingga telur menyalut dibadan udang.



Beginilah rupa Udang Mentega yang telah Mina sediakan. " Chef Nabil, macam gini ke gaya masak Butter Prawn?. Saya Mina baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan". Yang paling penting sekali, rasa keenakan Udang Mentega ni memang power. Selamat mencuba!!.

28 comments:

  1. salam...

    hehehe..mina lupe goreng serai dulu ker dlm tu...tp ok la janji rasa sedap

    ReplyDelete
  2. Salam Nabil,

    Alamak...yer ke?..ah ah la...MIna lupa lagi..tapi rasanya sedap sangat. Anak-anak Mina duk pulun, habis licin satu pinggan. Tak apa, next time, Mina tumbuk serai dulu sampai bertali-tali. Sebab tu la Mina tengok 'Butter Prawn' kat restoran ada bertali-tali dan bersarang-sarang. Agaknya sebab serai tu la. Whatever it is thanks a lot ye Nabil.

    ReplyDelete
  3. salam kak..nak tanye..resepi boleh ganti gune sotong x?

    ReplyDelete
  4. Salam kpd yang bertanya,

    Akak rasa boleh, tapi make sure sotong itu digoreng terlebih dahulu hingga airnya agak kering. Sotong kan byk air. Selepas itu, terus ikut cara yang serupa seperti di atas. InsyaAllah jadi. Sedap juga rasanya tu.

    ReplyDelete
  5. baru lepas memasak udang butter ni....alhamdulillah jadi and sngat sedap...thanks bcoz share cara2 mmbuatnya...

    ReplyDelete
  6. Syabas kerana berjaya memcuba resipi ini :)

    ReplyDelete
  7. dia tak nampak kerak ler .. cam mkn kat kedai tu .. cam ner nak buat cam tu yeak.. berkerak jer..

    ReplyDelete
  8. ha'ah kak amacam nak buat yang macam ada saraang2 tu...

    ReplyDelete
  9. tambah 2@3 sudu mkn tepung jagung dlm adunan telur
    & susu cair...

    ReplyDelete
  10. Ya, ada orang menambahkan tepung jagung dan ada juga yang menumbuk serai hingga bertali-tali. Tapi pastikan gunakan bahagian dalam serai yang lembut.

    ReplyDelete
  11. salam..br lps buat td utk menu berbuka..tp xjd jgk sarang tu...dh kuatkan api td..dh naik itam dh telur nyer..tkt hangit terus slow blk api nya..hehe

    ReplyDelete
  12. Salam Musliza,

    Biasanya belum sempat bancuhan telur itu hangit, telur sudah likat kerana dikacau selalu, laju dan secara membulat. Lainlah kalau anda membiarkan bancuhan itu di dalam kuali tanpa mengacaunya ditambah pula dengan nyalaan api yang tahap tinggi. Musliza boleh cuba sekali lagi. Ingat! teknik memasak itu amat penting. Itulah yang membezakan hasil masakan kita dengan orang lain.

    ReplyDelete
  13. x paham la yang menggunakan serai utk dapat bertali2..boleh terangkan btl2 tak..sebab selalu buat mesti wet and to buttery......

    ReplyDelete
  14. untuk buat telur yang bersarang tu, tengok dalam youtube, search butter prawn and egg floss. saya dah cuba, alhamdulillah jadi.... (mama anne)

    ReplyDelete
  15. xsedap pn..sebab sye x suka seafood...kecualy ikan parit

    ReplyDelete
  16. mama anne,

    Kalau cara awak buat tu dah jadi, awak teruskan je lah dengan cara awak. Susah Mina nak ajar kat sini sebab kena tunjukkan cara-caranya secara live. Kalau pembaca yang mudah tangkap, mereka mudah je mengikut metod pengajaran yang telah Mina sampaikan. Lagipun gambarajah tu mengikut langkah demi langkah. Sangat praktikal dan memudahkan pembaca.

    ReplyDelete
  17. saya orang baru NOH

    Kalau awak tak suka makan seafood, so tak perlulah letak komen di sini ya. Mina hanya ingin berkongsi resipi dengan pembaca yang berminat sahaja. Lagipun inikan blog Mina, hanya pembaca yang pandai menghargai ilmu masakan Mina sahaja yang sangat dialu-alukan. Mina terkedu sejenak...Ikan parit tu ikan apa?.

    ReplyDelete
  18. lau x letak daun kari x pe ke?

    ReplyDelete
  19. Jika tidak letak daun kari pun tak apa tetapi lebih sedap kalau anda letak kerana resipi aslinya wajib ada daun kari.

    ReplyDelete
  20. saya rasa "saya orang baru NOH" sedang mencari publisiti murahan...masuk aje blog hiburan @ gossip, pasti u hot punya !!! saya amat suka segala ilmu yg dikongsi bersama dalam dunia masakan dapur maya ni...tqvm guys

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum WBT Monad

    Biarkanlah saja dia Monad. Ilmu baik yang ada pada kita memang perlu dikongsi pada yang sudi. Tapi yang peliknya itu, jika tidak suka mengapa dia tinggalkan komen di sini ya. Mina terhairan juga. Namun begitu, jika dia tidak suka pada resipi yang Mina kongsikan, apa nak buat. Ada Mina kesah?. Ini kan blog Mina, jadi sukahati Mina lah hendak tulis resipi apa-apa pun. Betul tak Monad?. Jika masakan yang dia cuba tidak menjadi, tolong jangan salahkan Mina tetapi salahkan tangannya yang tidak mesra mengadun masakan itu.

    Terima kasih Monad kerana sudi menjadi pembela bangsa untuk Mina :)))

    ReplyDelete
  22. saya suka..saya suka..

    ReplyDelete
  23. salam kak mina
    saya nak tanya, kak mina ada tak resepi biskut raya?
    saya slalu refer resepi2 akk sbb saya mmang xpndai msak..
    bg saya cr akk snang nk praktik. so, sblum nk msak, msti kena refer resepi akk dl..
    akk ni sweet je, umo brpa ek?hehe
    (nur)

    ReplyDelete
  24. kak,kalau yg letak serai tu, step yg mane baru nak letak serai yer..

    ReplyDelete
  25. Terimakasih mina.wife saya sedang masak guna kaedah mina...baunya pun dan membangkitkan selera...pasti best dinner mlm ni...

    ReplyDelete
  26. Salam kak mina

    Nak tanya Butter cup or majerin
    Maaf br nk wat
    Jd keliru sbb xpernah buat

    ReplyDelete