Friday, February 19, 2010

AYAM GORENG RANGUP



Jom kita makan Ayam Goreng Rangup 'Dari Dapur Mina'. Bahan-bahan yang diperlukan ialah ayam yang dipotong 12 (kalau ayam besar), cili kering yang dikisar bersama bawang putih dan bawang merah, serbuk kunyit, serbuk kari (sedikit), garam, tepung jagung dan minyak untuk menggoreng.



Gaulkan ayam dengan bahan-bahan kisar, serbuk kunyit, rempah kari dan garam dengan rata. Kemudian rasa tahap kemasinan yang diinginkan. Jika ada masa, bolehlah diperap dahulu ayam itu atau boleh juga terus digoreng.




Ini adalah persediaan untuk menggoreng. Mina sudah memanaskan minyak di kuali. Sementara menunggu minyak panas, Mina mengemas alatan dapur yang lain. Rimas betul Mina bila lihat dapur bersememeh dengan kotoran.




Baiklah, apabila minyak di kuali sudah agak panas. Sebelum itu pastikan minyak dimasukkan dalam kuantiti yang banyak kerana ayam perlu diselamkan atau ditenggelamkan semasa menggoreng nanti. Salutkan ayam yang sudah digaul rata tadi dengan tepung jagung seperti gambar di atas. Pastikan anda menyalutnya dengan sekata.




Kemudian masukkan ke dalam minyak panas seperti gambar di atas. Salutlah ayam itu satu persatu. Dan pastikan api dapur dibuka kecil kerana kita mahu daging ayam itu masak dengan sempurna dan kulit luarnya pula garing dan berwarna kuning keemasan. Maksudnya garing di luar dan lembut di dalam.




Waktu menggoreng ini, anda perlu ada kesabaran yang tinggi. Jika perlu, ambillah tasbih dan berzikirlah. Sekurang-kurangnya semasa menunggu ayam masak rapuh, dapat juga pahala disamping dapat hasil masakan yang lazat . Ayam perlu dipaling-palingkan selalu. Semasa menggoreng ayam ini, bau keharuman ayam berlegar-legar menggamit selera. orang-orang yang berpuasa, perlu di kuarantin dari masuk ke dapur ya. Termasuk juga kanak-kanak yang bernafsu pada ayam goreng. Takut-takut nanti belum sempat habis menggoreng, ayam goreng hilang seketul demi seketul. Yang akan menjadi mangsa akhirnya ialah si penggoreng ayam, mahu rasanya mengetuk tangan orang yang mencopet ayam dengan senduk. Inilah yang Mina maksudkan dengan kesabaran yang tinggi perlu diaplikasikan semasa memasak menu ini. Sabar ajalah. Kalah bau harum ayam KFC.



Beginilah hasil masakan Ayam Goreng Rangup. Anak-anak Mina berebut-rebut memilih peha ayam. Mina apa lagi, berebut ambil kepak ayam. Anak-anak Mina kata rasa Ayam Goreng Rangup buatan Mina ni macam rasa ala-ala Ayam Goreng MC D. Nampak gayanya, lain kali kena masak 2 ekor ayam kerana 1 ekor ayam tidak mencukupi, buat bergaduh aja. Lagi satu, Ayam goreng Rangup ini, benar-benar rangup hingga ke petang tetapi dengan syarat, sewaktu menggoreng api perlu dikecilkan supaya ayam goreng itu masak dengan sempurna dan apabila ayam goreng itu sudah benar2 sejuk dagingnya, sila masukkan ke dalam tupperware kedap udara. Dengan itu kerangupan tepung jagung yang menyaluti daging ayam, akan terpelihara rangup dan garingnya. Tetapi pastikan yang daging ayam itu sudah benar-benar sejuk dan ternyah dari haba. Semoga berhasil!!

42 comments:

  1. AsSalamu Alaikum, Mina..

    Hampir seminggu tak buka blog. Sibuk dgn program perkhemahan KRS. Mina sihat?

    Sejak beberapa hari tinggalkan blogging, saya dah tertinggal banyak resepi dari MIna..Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana beri tunjuk ajar dan resepi dari dapur Mina.

    Alhamdulillah..orang rumah saya pun dan mula tertarik dgn blog Mina. Nanti kami akan sama-sama duduk di dapur untuk cuba resepi Mina..

    Terima kasih, semoga ilmu Mina akan beri manfaat kepada tuannya di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  2. Salam Ustaz Kamal,

    Ustaz pergi berkhemah kisahnya. Alhamdulillah, Mina sihat walaupun akhir-akhir ini cuaca agak panas di JB. Nampaknya Ustaz suka dengan resipi yang Mina sediakan. Baguslah kalau macam tu, sekurang-kurangnya Blog 'Dari Dapur Mina' ini boleh memberi idea memasak disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pasangan suami isteri. Ilmu memang untuk dikongsi kan Ustaz. Macam yang pernah Mina katakan dulu, jika hendak pikat hati suami, pikatlah selera makannya dulu. So...apa salahnya kali ini, Ustaz pula ambil peranan, pikat hati isteri Ustaz dengan mencuba memasak mengikut resipi 'Dari Dapur Mina'. Gerenti isteri Ustaz bertambah sayang pada Ustaz. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Saya tengok dapur rumah Mina tu sentiasa kemas dan cantik. Western decor lagi..Dapur rumah saya tak dapat nak jadi macam dapur rumah Mina. Kemas waktu pagi, tengah hari dah porak peranda. Maklumlah, anak kecil-kecil seramai 5 orang..kadang-kadang anak sulong dan no.2 yang ganti ummi mereka masak kat dapur.

    Harap Mina jgn jemu berkongsi ilmu. Anak dara saya (13 thn) dah mula print dan simpan resepi Mina dalam buku log masakan dia tu.. Terima kasih sekali lagi, ye! Semoga ALlah memurahkan lagi rezeki Mina dan keluarga. Aamiin !

    ReplyDelete
  4. Salam Ustaz Kamal,

    Rumah bersepah tu biasalah Ustaz, anak-anak kecil yang hendak membesar. Anak-anak Mina semua dah besar 17/16/13. Lagipun anak-anak Mina tinggal di asrama, sebab itulah rumah Mina kelihatan bersih je. Nanti bila anak dara Ustaz dah meningkat remaja, tahulah dia mengemas rumah dan membantu ibunya. Mina tak ada ilmu yang lain untuk dikongsikan, ini sahaja ilmu yang Mina ada. Suruhlah anak Ustaz copy resipi dari Blog ini. Semoga ianya memberi manfaat untuk dirinya dan keluarganya. Tiba-tiba je Mina rasa terharu, teresak-esak Mina keinsafan.

    ReplyDelete
  5. hahah..kak mina ni menulis pun pandai buat saya yang membaca ni tergelak sorang..boleh la saya cuba juga nanti ya..tq krn berkongsi..

    Liza Jb

    ReplyDelete
  6. Hi Liza....Cuba...jangan tak cuba tau :)

    ReplyDelete
  7. tq kak. dah try pun ayam goreng rangup nih. mmg power. thanks!

    ReplyDelete
  8. Salam Orangkite,

    Sama-sama. Next time boleh cuba resipi yang lain pula ya :)

    ReplyDelete
  9. salam kak mina.~ belum cuba lagi saya dah tahu mesti best dan sedap resepi akak ni..

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah, rasanya memang enak lagi berkhasiat. Cubalah!

    ReplyDelete
  11. Kebelakangan ni ramai plak comment post kak mina yg 2010 ye.
    Salam perkenalan kak. Saya selalu intai blog akak bila takde idea masak.
    Tq sebab share byk resepi yg mudah n menarik.
    Nak request kalau akak boleh share resepi udang nestum. Dah buat berkali2 masih gagal. Helpppp kak mina!

    Nurul, KL

    ReplyDelete
  12. Hi Nurul,

    Terima kasih kerana selalu mengunjungi blog Dari Dapur Mina. Owhh..Nurul mahukan resipi Udang Goreng Nestum ya. Ermm...akak pernah makan menu ini di Restoran Makanan Laut Cina Muslim. Masakan ini sedap walaupun sedikit kering tapi kalau untuk makan ratah-ratah memanglah ngam. InsyaAllah, nanti akak tanyakan dengan chef yang pro dalam masakan ini. Rasanya masakan ini agak simple tetapi mungkin kita tidak tahu tekniknya saja. Nama pun Udang Nestum, so bahan-bahan utamanya hanya Udang dan Nestum sahaja. Betul tak?.

    ReplyDelete
  13. sedap la..dh buat ayam goreng nie..sedap sangat2..bahan2 pn simple jer..best la tengok resipi kat sini..

    ReplyDelete
  14. Betul tu dik oi. Resipi masakan di blog Dari Dapur Mina ini semuanya mudah dan ringkas belaka. Namun rasanya tetap sedap. Betul tak?. Jika tidak percaya, adik harus cuba semua resipi-resipi yang telah akak kongsikan di sini. Cuba...jangan tak cuba tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sam dh try dah resepi ayam goreng ni..menjadi dan anak2 & kawan2 pun ckp sedap. Tq Kak Mina

      Delete
    2. Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah kerana suka dengan resipi ini. Boleh jadikan resipi wajib untuk keluarga anda nanti. TQ:)

      Delete
  15. Alhamdulillah, nanti Sam boleh cuba resipi-resipi yang lain pula ya. Semoga berhasil.Terima kasih :))

    ReplyDelete
  16. suka sgt2...sya bru kawin..sblm blik keje sya cri rsipi dr blog akak..hehhehehehehehe....

    ReplyDelete
  17. salam, mohon share, print dan simpan resepi utk rujukan. suami saya suka saya masak dr beli ...........

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah dik..Bagus sangat tu. Sebelum balik ke rumah, sila tinjau-tinjau resipi dan pilih menu yang hendak dimasak. Nanti dalam perjalanan pulang, bolehlah singgah di pasar untuk membeli bahan-bahan keperluan. Kalau adik rajin memasak, pasti suami akan bertambah sayang kepada adik. Pernah dengar tak pepatah yang mengatakan 'Jika mahu mengikat hati suami, ikat dahulu perutnya'. Wallahualam

    ReplyDelete
  19. W'salam annaliazakariah,

    Sila...jangan malu dan jangan segan. Semoga berhasil!!

    ReplyDelete
  20. memang sedap ayam ni..saya dah try n ramai kwn2 nak cuba n saya bg link mina ni tok mereka kongsi resepi mina ini...harap mina xmarah eh..hihi..bagos la blog mina ni..saya suke tgk..

    ReplyDelete
  21. Terima kasih Kelate Girl kerana memeriahkan lagi blog Mina ini dengan me'war-war'kan blog yang tidak seberapa ini kepada kawan-kawan anda. Mina sangat hargai segala jasa baik anda itu :)

    ReplyDelete
  22. xsabar2 nak masuk dapur bila tengok koleksi resipi kat sini...memang bestla...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, InsyaAllah, semua resipi-resipi yang Mina kongsikan di sini sangat mudah dan praktikal. Selamat mencuba Chegu Yani :)

      Delete
  23. salam kak mina.
    saya ni ada minat memasak,tapi suami bukan jenis pemakan.jadi malas pulak.skrg,anak-anak dah pandai cakap nak makan tu nak makan ni.jadi saya sekarang mula mencari resepi yang best.jumpa blog ni.bermanfaat sungguh untuk saya.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Mrs Mama

      Sebagai isteri, ibu dan surirumah kita perlu ada kemahiran memasak. Jika tidak pandai memasak masakan yang berat-berat, cukuplah jika kita ada ilmu memasak masakan yang ringan-ringan untuk santapan ahli keluarga kita.

      Masakan ringan-ringan itu ialah yang simple dan senang untuk mendapatkan bahan-bahan masakannya. Contohnya seperti masakan yang kita hidangkan setiap hari untuk membesarkan keluarga kita.

      Alhamdulillah, blog ini dibina atas tujuan berkongsi ilmu tentang masakan-masakan yang mudah dan praktikal untuk dimasak oleh sesiapa sahaja dan dimana sahaja. Terima kasih kerana telah menjadikan blog ini sebagai rujukan mencari ilmu tentang masakan :)



      Delete
  24. alhamdulilah jumpa juga resepi ayam goreng...boleh la cuba...izinkanlah ya puan....anak2 complain,ayah punya ayam goreng tak sedap,tak rangup...dah ade resepi nie bolehlah mencuba...terima kasih puan...

    wak rozie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sambil memasak tu, jangan lupa untuk berzikir dan berselawat kerana itulah rahsia untuk menjadikan masakan kita disukai dan dirindui oleh seisi keluarga serta boleh mengeratkan hubungan anak beranak. Jika mahu lebih berkesan, hidangkan makanan dan lauk pauk di dalam sebuah talam dan panggillah anak-anak dan pasangan kita untuk makan bersama. Semoga ianya dapat merapatkan hubungan sesama keluarga.

      Delete
  25. Assalamualaikum Mina! Baru ni je jadi pengikut Mina..walau dah lama tertarik ngan pengisian blog, yang pada saya sangat istimewa..kerna ada dua subjek kegemaran saya juga iaitu 'Buku' dan 'Masakan'. Dua2 sangat penting,kiranya makanan 'Rohani' dan 'Jasmani', sama mengenyangkan! Alhamdulillah! nikmat dari Allah. Maaf, Mina nak minta sediakan 'Pie Tee' boleh?. Jumpa lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Puan Normadiah Ramudin

      Terima kasih kerana sudi menjengah blog masakan yang tidak seberapa ini. InsyaAllah, saya akan cuba menyediakan resipi yang puan sebutkan itu. Cuma perlukan sedikit masa saja. Puan bersabar ya. TQ:)

      Delete
  26. As'salammualaikum Kak Mina....saya baru semalam cuba resepi akak ni...sedap sangat ank2x saya suka...dia kata"macam ayam KFC lah"terima kasih banyak2x kak....boleh tak akak bagi resepi nasi beriani,nasi tomato...yang mengikut cara akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT Aniaddy

      Alhamdulillah sebab keluarga anda suka dengan resipi ini. Untuk pengetahuan anda, akak baru sahaja memasukkan resipi Nasi Minyak ABC. Itu resipi asas untuk memasak pelbagai jenis nasi ya. Mohon anda klik pada entri tersebut. TQ:)

      Delete
  27. assalamualaikum..
    akak.klu kita letak daun kari boleh x?

    diba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      Boleh saja dik. Letak saja daun yang adik suka. Asal jangan letak daun pintu saja tau...hehehe...TQ:)

      Delete
  28. Ok, kena cuba yang ni la. Dok Google, yang ni, semua barang dah ada, perap dan goreng jela. Tq share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait....Cuba, jangan tak cuba tau. TQ:)

      Delete
  29. Nanti saya pn nk cuba, akak belajar dr ibu akak ke? Atau resepi ni akak reka sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dik, ini resipi tradisi keluarga akak tau. Mahal harganya ni. Tetapi di sini akak kongsi secara percuma sahaja. Kira amal jariah lah ni. Pastikan adik mencuba nanti tau. TQ:)

      Delete
  30. memang selalu buka blog kak mina bile nk cr idea nk masak ape..kdg2 buntu..yelah, dh penat balik keje, nk kene fikir nk masak ape plak...semoga Allah merahmati usaha akak berkongsi resepi nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Rauidah Rahmat. Ameen untuk doa yang baik itu. Alhamdulillah jika anda suka. Akak sangat menghargainya. TQ:)

      Delete