Jom Klik!

Wednesday, February 24, 2010

CENDAWAN BUTANG GORENG



Assalammualaikum kepada pembaca setia Blog 'Dari Dapur Mina'. Hari ini Mina ingin berkongsi resipi masakan yang simple lagi memudahkan. Sesuai sangat kepada surirumah atau rajarumah yang tidak cukup masa atau yang cukup masa tetapi malas ke dapur untuk menyediakan hidangan tengahari mahupun malam. Baiklah, Mina malas hendak berceloteh panjang, takut-takut terlebih kata akan bertambah dosa nanti.
Arakiannya Mina hendak kisahkan di sini tentang resipi 'Cendawan Butang Goreng'. Adapun sejarah kewujudan cendawan butang ini tidaklah Mina ketahui. Tidak mengapa pembaca sekalian, nanti Mina akan semak di Encyclopaedia Britannica. Cendawan butang ini berbentuk butang dan kecil. Ianya berwarna coklat dan bulat. Comel sangat. Tetapi gambar yang Mina tunjukkan di atas, cendawan butang itu sudah Mina potong 4. Nanti pembaca cari di supermarket ya. Baiklah, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resipi ini ialah 1 tin cendawan butang (hendaklah ditoskan airnya , basuh dan dipotong 4), bunga kobis , lada merah dihiris, bawang merah dihiris, bawang putih dihiris, ikan bilis, garam, perasa dan minyak.
Sebenarnya jika anda mencampurkan brokoli, lada benggala warna kuning, hijau dan merah serta udang kertas atau udang biasa, masakan Cendawan Butang Goreng anda lebih meriah dan berwarna-warna. Pastinya akan menarik perhatian sesiapa yang memandang. Oleh kerana itu sahaja bahan-bahan yang Mina ada yang masih tersisa di peti sejuk Mina, jadi Mina memasaknya mengikut apa yang ada.



Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan hiris dan ikan bilis. Tumis hingga garing.



Kemudian, bolehlah dimasukkan bunga kobis dahulu, dan diikuti dengan cendawan butang.



Campakkan garam dan serbuk perasa dan paling-palingkan masakan anda itu. Cicip sedikit dan rasa tahap kemasinan yang anda inginkan. Jika sudah berpuashati, bolehlah dipadamkan api dapur.



Lauk Cendawan Butang Goreng ini, bolehlah dihidang bersama nasi panas, ayam goreng atau ikan goreng sudah memadai. Tidak perlu beraneka lauk yang lain. Hidangan sebegini pun sudah terlebih power. Kalau tidak percaya, anda cubalah!!.

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ

2 comments:

  1. cmne nk hlang kn rsa plik cndawan btang 2 yg seakn2 rsa cm petai...huhu

    ReplyDelete
  2. Cuba lynfi gunakan teknik akak ni. Caranya mudah saja, anda hanya perlu merendamkan cendawan itu dengan air garam selama 10 minit. Lepas itu bolehlah dicuci dan cendawan itu pun sedia untuk dimasak. Selamat mencuba!

    ReplyDelete