Jom Klik!

Tuesday, February 16, 2010

IKAN MASAK TAUCU



Resipi kita hari ni bertajuk Ikan Masak Taucu. Bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan goreng (ikan goreng semalam, lagilah ngam), bawang besar, lada hijau, lada merah, cili padi (jika ingin menambah kepedasan), taucu, minyak, sedikit garam dan serbuk perasa.

Mula-mula, panaskan minyak. Tumis bawang besar (potong bulat), lada hijau, lada merah, cili padi (semua cili dihiris panjang). Tumis sedikit garing dan masukkan taucu.




Kemudian, tuangkan sedikit air (agak-agak la ya. Jangan sampai kuah berladung). Kacau lagi dan masukkan ikan goreng.



Bila kuah sudah mendidih, rasa tahap kemasinannya. Jika masakan belum terasa masin, bolehlah dimasukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Berhati-hatilah semasa memasak masakan yang bersumberkan taucu ini kerana taucu mempunyai tahap kemasinan yang teramatlah tinggi. Oleh itu, Mina sarankan supaya pembaca memasukkan garam selepas mencicip sedikit kuah masakan itu tadi. Setelah kuah mendidih dan anda sudah berpuashati dengan rasa keenakannya, bolehlah dipadamkan api dapur.



Baiklah pembaca yang budiman. Inilah hasil masakan 'Dari Dapur Mina'. Resipi Ikan Masak Taucu. Selamat mencuba!

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ


4 comments:

  1. sis mina, nak tanya siakap selain masam masam manis n 3 rasa bole tak dimasak cara lain?tq

    sis nini

    ReplyDelete
  2. Salam Nini,

    Siakap masam stim pun sedap gak. Kalau Nini tanya Mina dengan soalan ni, jawapan Mina ialah, kalau hendak masak asam pedas pun boleh. Tiada halangan dalam memasak kan?. Cuma tolong sesuaikan dengan keadaan bau dan biologi ikan-ikan yang hendak Nini hendak masak itu. Itu saja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. nak tanya., tak payah masuk air asam jawa ker ada org masuk kan air asam jawa.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak masuk boleh. Tak nak masuk pun boleh. Bukan satu jenayah pun. Kalau hendak perahkan jus limau kasturi pun boleh. Ikutlah pada selera masing-masing. Mina tak letak jus asam jawa sebab Mina tidak sukakan rasa masamnya dan lagi pun Mina amat sukakan rasa taucu tanpa dicampur dengan perasa lain. Ingat tak motto yang selalu Mina ulang-ulangkan?. 'Sesungguhnya Memasak Itu Mudah!'. Kuali di tangan anda dan senduk pun di tangan anda, masukkan saja apa-apa yang anda mahu masukkan. Ianya bukan menjadi kesalahan pun walaupun anda sudah menderhaka kepada resipi yang asal.

      Delete