Jom Klik!

Sunday, February 14, 2010

PAIS HATI PARI


Jom kita masak Pais Hati Pari. Sebentar tadi, sewaktu Mina sedang mengemaskini Blog 'Dari Dapur Mina' yang berselerak ini, kawan Mina telefon, mengajak datang ke rumah. Beliau ada masakan istimewa yang hendak ditunjukkan kepada Mina. Oleh itu Mina tidak boleh berlama-lama di sini. Tetapi untuk tidak menghampakan pembaca setia Blog ini, Mina akan menghidangkan juga satu masakan yang agak esotik dan agak taboo yang jarang dimasak orang zaman sekarang. Kalau pembaca tidak percaya, pergilah ke ceruk tempat mana seperti pasar malam, pasar tani, pasar lambak atau ke kampung-kampung pun. Sememangnya masakan ini memang jarang dihidangkan kerana almaklumlah hati pari tidak laris dijual seperti penjualan hati ayam dan lembu.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah hati ikan pari, bawang putih (dikisar), bawang merah (dikisar), cili kering (dikisar), kunyit (dikisar), biji ketumbar (ditumbuk), garam, serbuk perasa, daun pisang, daun kunyit, aluminium foil dan sedikit minyak.



Mula-mula, bentangkan aluminum foil, lap daun pisang, basuh daun kunyit dan bentangkan menjadi hamparan untuk membungkus. Satukan bahan-bahan kisar dengan minyak makan, ketumbar, garam dan serbuk perasa. Rasa tahap kemasinan yang anda inginkan. Kemudian, lomorkan pada hati pari seperti gambar di atas.



Sesudah itu, balut dan lipat hamparan aluminium foil, daun pisang dan daun kunyit yang mengandungi hati pari yang sudah disalut dengan bahan kisar tadi. Bakar menggunakan api kecil. Tidak perlu dipaling-palingkan kerana kepanasan wap yang terperangkap di dalam aluminium foil itu akan menjadikan hati pari itu masak dengan sekatanya. Masa yang diambil untuk membakar hati pari itu, agak-agak sendirilah ya. Mina pun dah tak ingat. Alaaa...kiranya lebih cepat dari membakar ikan sebab hati pari ini sudah sedia lembut.





Haaa..pembaca sekalian, beginilah rupa masakan Pais Hati Pari yang esotik lagi menyelerakan. Hendak tahu apa rasanya Pais Hati Pari ini?. Baiklah, Mina cuba menggambarkannya ya. Mina menceduk Pais Ikan Pari ini masuk ke pinggan nasi. Selepas itu dengan menggunakan tangan, Mina mencubit perlahan Pais Ikan Pari ini masuk ke mulut Mina. Makkk datukkk...rasanya lembut dan lemak sekali. Disamping ada rasa pedas cili kering dan rasa rempah ketumbar memberi sedikit rasa kelainan pada masakan esotik ini. Ermmm..yang paling mendebarkan sekali adalah bau harum daun pisang bercampur dengan bau wangi daun kunyit menambahkan selera untuk Mina menambah lagi nasi ke dalam pinggan. Dan yang paling penting, masakan ini sedap dimakan begitu saja. Jomlah cuba!!

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ

18 comments:

  1. sedapnya !tp sy xpna mkn pown sebenanya tp neok gmba mcm sdp .xpe2 ,nnt sy suroh mk sy buat ye.nta pndi ke tk dy buat sbb nmpk mcm sush je nk buat .aishah

    ReplyDelete
  2. sedapnye kalo dpt mkn ni.tp ta pena mkn pn.mungkin mk saya pena msk cuma saya je yg ta pasan.tape2 t saya suro mk sy blaja msk ni hehe. yowt

    ReplyDelete
  3. salam mina...mane nk cari hati pari ek...hati org i tau la nk cari maner..hehe...anyway nmpk mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. Aishah,

    Nanti suruh mak Aishah masak macam kak mina masak ya...sedap tu Aishah...makan sekali gerenti nak lagi....thanks

    ReplyDelete
  5. Yowt,

    Lama tak dengar berita. Kemana Yowt menghilang?. Dah habis periksa ke?. Alaaa..Yowt...Yowt ni memang selalu macam ni, padahal mak Yowt lagi pandai masak dari kak mina. Nanti suruh mak Yowt masak pais hati pari ya..bye Yowt

    ReplyDelete
  6. Nabil..oooo..Nabil,

    Kalau nak cari hati pari, mestilah di pasar..takkan kat kedai roti pulak...Rasa Pais Ikan Pari ni memang sedap pun Nabil...cubalah!!

    ReplyDelete
  7. salam mina...

    Lihat saja pais hati pari mina ni teringat akan masakan mak saya dulu. Hati pari sangat lembut dan lemak sekali apabila dimasak cara ini... aduhai sedapnya...

    abang haji

    ReplyDelete
  8. Salam Abang Haji,

    Abang Haji pun pernah merasa makanan ini ya. Kalau Abang Haji hendak tahu, ini masakan asli orang Johor. Orang Johor memang suka makan ikan pari. Biasanya isi ikan pari akan dibuat Gulai Asam Pedas, dan manakala hati ikan pari pula akan dibuat pais, Pais Hati Pari seperti ini. Kreatifkan...

    ReplyDelete
  9. salam..kak mina sy mmg pengemar pais aty pari..dr kecil smp lh skrg da dewasa..kalau dulu nenek sy yg selalu buatkn utk sy,tp skrg da xde sape yg bley buatkn utk sy krn nenek sy sudah uzur..sy xsangka plak dlm blog pn kta ley jmpa resepi pais aty pari..terima kasih jgak pd kak mina sbb tulis resepi ney dlm blog..

    ReplyDelete
  10. Salam Fieda,

    Untuk memasak resipi ini, pada akak tidak sesukar mana. Yang susah adalah untuk mendapatkan hati pari itu sendiri. Biasanya, generasi sekarang tidak pandai memasak hati pari ini, jadi hati pari itu akan dibuang oleh penjual ikan. Tempoh hari, nasib memang menyebelahi akak. Sedang akak berjalan2 di pasar, maka ternampaklah akak seorang penjual ikan sedang membelah ikan pari dan terpandanglah akak hati pari yang bersaiz besar dikeluarkan dari perut ikan pari itu. Akak pun berebut menghampiri penjual ikan itu dan ingin membeli hati pari tersebut.Penjual itu kata, hati pari ini tidak dijual, jika ingin, ambil sahaja. Nampak tu Fieda, mereka tidak menyedari keenakan hati pari kerana mereka kira hati pari tidak boleh dimakan. Begitulah kisahnya.

    ReplyDelete
  11. Dulu...masa akak duduk johor memang hati pari ni jadi fav. anak2 kalau jumpa mesti beli..tapi bila dah duduk KL ni payahlah sikit susah nak dapat munkin ramai yang tak pandai makan agaknya.
    apa2 pon melilih air lior tengok hati pari awak tu......

    ReplyDelete
  12. Salam Kak SH. Mariam,

    Sekarang pun di JB, nampaknya amat sukar untuk mendapatkan hati pari ni. Lagipun ramai generasi muda sekarang yang tidak pandai memasak dan memakan hati pari. Biasanya penjual ikan tidak mengenakan sebarang bayaran jika Mina meminta hati pari.Terima kasih Akak...:)

    ReplyDelete
  13. salam kak mina,sedap sungguh masakan hati pari tu yea,kat brunei memang jarang tapi nur pernah cuba resepi mak mentua nur..masak asam pedas hatipari..emm sedap betul.memang taboo dan tak pernah cuba tapi yg belum pernah makam cubalah...eksotik betul masakan nih.

    ReplyDelete
  14. Salam Nur,

    Kalau Hati Pari dibuat pais memanglah selalu akak masak tetapi kalau Hati Pari dimasak asam pedas, tidak lah pernah akak jumpa. Tetapi bagus juga idea Nur tu. InsyaAllah, satu hari nanti, pasti akak akan mencubanya. Terima kasih Nur di atas perkongsian itu. Jangan merajuk sebab akak terlewat reply ya.

    ReplyDelete
  15. Hati pari memang sedap. Nyai sya dulu buat campurkan dgn nasi terus dibakar. Meleleh air liur sya. Skarang susah nak dapat hati pari kat s'pore. Hatinya sudah dibuang apek pasar

    ReplyDelete
  16. Salam Adik dari Singapore,

    Biasanya akak akan pesan pada penjual ikan untuk menyimpankan hati pari ini untuk akak. Oleh kerana akak ini merupakan pelanggan tetap mereka, maka mereka pun menyimpankannya untuk akak. Hati Pari rasanya lemak, lembut dan enak.

    ReplyDelete
  17. Sakam Kak..sya bru je try masak pais hati pari ni...tak tau jadi ke tak..buka pose nanti tau la rasanya..tapi nampak rumanya mcm sama jer...t.kasih sekali lagi resipi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT

      InsyaAllah, akan jadi masakan itu jika anda mengikuti setiap langkah yang telah akak tunjukkan di atas. TQ :)

      Delete