Tuesday, March 30, 2010

MASAK MERAH KAMBING

Masak Merah Kambing ini juga adalah resipi Abang Kassim. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Masak Merah Kambing.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah kambing, bawang merah mayang, rempah tumis, serai yang telah dititik, bahan kisar ->( halia, bawang putih, bawang merah, lada kering), gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa, tomato buah, tomato puri, tomato sos, cili sos, daun pudina, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, kismis, sunquick (sedikit), susu cair, air dan minyak untuk menumis.




Daging kambing perlu dibersihkan dengan menggunakan tepung gandum yang dicampurkan dengan air untuk menghilangkan bau hamis daging kambing. Bila sudah dibersihkan, masukkan daging kambing itu ke dalam periuk dan isi dengan air. Campakkan seketul halia dan rebus daging kambing itu hingga empuk. Jaga tahap kepanasan api dapur. Bila daging kambing sudah empuk, sila toskan daging itu kerana kita tidak akan menggunakan air rebusan daging kambing itu lagi.




Untuk membuat kuah masak merahnya, pertama sekali, panaskan minyak di dalam periuk.




Tumiskan bawang merah mayang hingga garing.





Campakkan rempah tumis -> kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga , bunga lawang dan serai titik. Kacau lagi.



Masukkan bahan kisar ->( halia, bawang putih, bawang merah dan lada kering). Kacau dan tunggu hingga bahan kisar menjadi garing. kemudian bolehlah dimasukkan gula melaka, tomato puri, tomato sos, cili sos, sunquick (sedikit), susu cair, gula pasir, serbuk perasa, garam dan kismis. Jika kuah pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air. Tunggu sehingga menggelegak. Kemudian rasa tahap kemanisan, kemasinan dan kesedapan yang diinginkan.




Setelah rasa keenakannya memenuhi piawaian citarasa anda, bolehlah dimasukkan daging kambing yang telah direbus dan ditoskan itu tadi ke dalam periuk kuah masak merah . Masukkan sekali tomato buah yang telah dibelah dua, daun pudina, ketumbar, daun sup dan daun bawang. Gaul rata dan setelah kuah mendidih, bolehlah ditutupkan api dapur. Itu tandanya masakan Masak Merah Kambing sudah selesai. Jom kita pulun ramai-ramai. Selain boleh dimakan dengan aneka jenis nasi, Masak Merah Kambing ini juga boleh dimakan bersama roti. Apa-apa roti pun boleh, lebih-lebih lagi roti perancis. Memang menyelerakan. Jemput makan!!




8 comments:

  1. saya ni peminat no.1 daging kambing...boleh try menu ni nanti...tq mina....cara membuat disertakan dengan gambar sekali,menambahkan lagi seleraku ku, seolah2 dpt menghidu aromanya..hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam Goldfinger,

    Rasa masakan Masak Merah Kambing ini memang enak dan manis. Mina sebenarnya tidak terlalu menggemari daging kambing, tetapi bila Mina mencuba masakan ini, ermmmm....nasi di pinggan Mina terus bertambah dua pinggan.Itulah the power of Masak Merah Kambing. Mina berharap, anda juga akan suka dan mencubanya di rumah. Wassalam

    ReplyDelete
  3. Bukanlah Along, ini adalah Masak Merah Daging Kambing untuk Majlis Aqiqah anak saudara akak. Masak stew lain. InsyaAllah nanti akak keluarkan entri berkenaan masak stew ni. Bye Along.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kena cuba dulu baru tahu rasanya bagaimana. Cuba tau Siti Masyitah. TQ:)

      Delete
  5. Kami biasa makan kambing masak merah...ummmphhh memang sangat sedap...masam manis...uh sedapnya...tetapi sudah lama tidak memasaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kambing masak merah memang sedap dan manis rasanya. Saya pun suka juga. TQ:)

      Delete