Wednesday, March 17, 2010

SAMBAL TUMIS KUPANG



Mudah saja untuk memasak Sambal Tumis Kupang. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kupang (Mina menggunakan kupang segar dan Mina merebusnya sendiri. Manis sungguh rasanya), Bahan-bahan kisar -> bawang putih, bawang merah dan cili kering, bawang besar yang dihiris bulat dan minyak untuk menumis.

Mula-mula panaskan kuali dan masukkan minyak. Petua memasak sambal tumis yang enak ialah minyak perlu banyak dan bahan kisar perlu ditumis garing hingga naik minyak dengan menggunakan api yang sederhana. Setelah bahan tumis menjadi garing, bolehlah dimasukkan kupang rebus dan bawang besar yang dihiris bulat. Masukkan garam, perasa dan gula. Mina tidak memasukkan jus asam jawa kerana tidak mahu rasa manis kerang bertukar masam. Tetapi jika pembaca suka, bolehlah letakkan sedikit, sekadar syarat. Tunggu sebentar hingga mendidih dan rasa tahap keenakannya dan bolehlah dipadamkan api dapur.





Beginilah rupa Sambal Tumis Kupang yang Mina masak. Menyelerakan?. Jomlah masak!!


4 comments:

  1. Salam Mina,
    sambal kupang memang fav. akak dan family tapi kat KL ni susah nak dapat kupang fresh.....kalau rajin ke melaka bolihlah dapat..selalu bila balik johor akak memang tak miss kupang yang ada dijual sepanjang pantai Lido tuu ada lagi ke?

    ReplyDelete
  2. Salam Kak SH. Mariam,

    Untuk pengetahuan akak, Mina tinggal di area Pasir Gudang. Pasir Gudang berdekatan dengan laut dan pelabuhan. Jadi, untuk mendapatkan Kupang fresh memanglah tiada masaalah. Mina suka sangat makan Tom Yam Kupang dan Nasi Paprik Kupang. Sedap sangat rasanya kak. Kupang fresh ini juga sedap jika kita merebusnya dengan memasukkan garam dan sehelai daun kunyit. Manis jer rasa isi kupang tu..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Mina,

    Saya setuju dgn Mina. Saya juga sukakan buku.Dan rasa itula asset saya.Bagus bila ada org yg share sama minat...

    ReplyDelete
  4. Salam CanopyIndah,

    Buku amat bermakna dan berpengaruh dalam hidup saya. Jom sama-sama kita berlayar di lautan kata-kata sesebuah buku. Semoga ilmu pada buku akan terisi di dada kita dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Ameen.

    ReplyDelete