Jom Klik!

Saturday, April 3, 2010

SARAPAN ALA KOBOI

Tiba-tiba saja hujan turun dengan lebatnya di pagi Ahad yang berbahagia ini. Suasana dingin dan lembap menyelubungi persekitaran rumah Mina. Bau haruman air hujan bertemu tanah sungguh menyegarkan. Alangkah enaknya jika di pagi hari Ahad yang serba dingin ini Mina dapat menikmati semug coklat panas dan bersarapan makanan ala-ala koboi gitu. Hendak keluar ke pasar untuk membeli santan untuk dibuat nasi lemak, rasanya tidak mungkin. Takkan lah Mina hendak meredah hujan di pagi-pagi dingin yang syahdu ini. Nampaknya hujan lebat yang turun masih menggila di luar rumah. Oleh itu Mina cuba menyediakan Sarapan Ala Koboi mengikut stok barangan makanan yang Mina ada di dapur. Jomlah sama-sama kita lihat apa yang ada di dapur Mina.





Dari Dapur Mina ada simpanan makanan seperti roti, kacang panggang tin, mini cheese hotdog, telur, bawang besar, jem strawberry, mentega, kicap, sos cili, serbuk lada hitam dan buah epal. Rasanya stok makanan yang Mina ada ini memungkinkan Mina untuk mencipta masakan ala koboi yang serba ringkas gitu. Nama pun masakan koboi, mestilah serba ringkas, cepat, mudah dah ala tembak menembak gitu. Jomlah kita tengok aksi-aksi koboi Mina di dapur.



Mula-mula, buka penutup tin kacang panggang, masukkan kacang panggang ke dalam periuk kecil dan panaskan.


Masukkan minyak ke dalam kuali, bila minyak sudah panas, gorenglah mini cheese hotdog itu dengan api yang kecil saja. Jika di rumah anda ada mikrowave, lagilah baik.


Apabila mini cheese hotdog itu sudah agak menggelembung di luarnya, itu tandanya tahap kepanasan sudah menyeluruhi hotdog itu. Bolehlah dipadamkan api. Jaga-jaga ya, kadang-kala oleh disebabkan tekanan kepanasan api yang tinggi, hotdog yang digoreng itu boleh meletup macam BOM. Bahaya sangat!!. Mina tidak ingin kejadian tembak menembak dan bom mengebom terjadi di dapur anda ya.



Sementara itu, di dapur sebelah lagi, bolehlah ditenggekkan kuali dan tuang sedikit minyak untuk menggoreng telur mata lembu yang garing di bawah tetapi cair di tengahnya. Sila rujuk gambar di atas.


Ini pula cara untuk membuat Telur Hancur Berbawang. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Potong dadu bawang besar. Masukkan sedikit garam dan kocok-kocok telur itu.


kemudian panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak sahaja. Jika anda ingin menggunakan mentega juga boleh. Tetapi di sini Mina menggunakan minyak jagung. Nyalaan api jangan terlalu besar dan apabila minyak sudah panas, tuangkan telur kocok itu ke dalam kuali.



Hancur-hancurkan telur itu tadi hingga garing. Mina suka Telur Hancur Berbawang ini masak sepenuhnya dan garing. Ada juga sesetengah orang yang sukakan telur itu digoreng separuh masak sahaja. Ikutlah selera dan kepedulian masing-masing. Yang penting kita semua happy!!


Haaa...yang ini adalah salah satu resipi yang telah Mina sediakan. Jika anda suka, bolehlah dibakar roti itu dahulu sebelum disapu dengan mentega dan jem strawberry. Jem Strawberry itu boleh diganti dengan kaya atau pun susu lemak manis. Ngam juga rasanya. Semasa anda menyapu mentega dan jem, pastikan anda tidak menekan kuat mentega atau jem ke atas permukaan roti itu. Ini kerana, dikhuatiri roti anda yang gebu itu akan menjadi penyek dan nampak tidak menyelerakan apabila hendak dimakan nanti. Gunakan sapuan secara layangan di atas permukaan roti yang lembut itu. Jika jem strawberry itu keras dan berketul-ketul, pastikan anda menghancurkan atau melembutkannya dahulu di dalam botol jem itu sebelum disapukan ke atas permukaan roti. Guna pisau yang bergigi seperti mata gergaji halus untuk memotong roti. Jika anda seorang yang suka membazir, bolehlah dipotong sekeliling tepi roti itu. Oleh sebab Mina ini jenis yang tidak suka membazir, oleh itu Mina tidak membuangnya. Mina ngap ajelah.




Sudah siap pun Sarapan Ala Koboi Mina. Nampak tu pembaca sekalian. Makanan yang sudah disediakan dari awal tadi, hidangkan seperti cara Mina ini dan tuangkan sos cili atau kicap (jika suka) dan jangan lupa taburkan sedikit serbuk lada hitam ke atasnya. Jika ada mayonise, lagilah power.


Ini pula adalah Telur Hancur Berbawang yang telah Mina sediakan tadi. Sama juga cara menghidangnya. Stok barangan makanan yang Mina ada tadi, boleh dibuat 3 menu sekaligus. Amat mudah sekali pembaca sekalian. Jemputlah makan ya. Perut Mina sudah berkeroncong mendendangkan melodi kelaparan. Selamat mencuba!!

p/s: Buah epal yang segar itu tadi, bolehlah dimakan sebagai pencuci mulut selepas menikmati Sarapan Ala Koboi.

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ

4 comments:

  1. sedapnyer telo merah tu...huhu..nmpk myelerakan walaupon sempoi..

    ReplyDelete
  2. kak mina..western food ada tak?

    ReplyDelete
  3. Hehehe...Memang sedap Kelate Girl :)

    ReplyDelete
  4. Western Food akak belum belajar lagi dik. InsyaAllah, one fine day, sure ada entri western food di sini :)

    ReplyDelete