Jom Klik!

Friday, May 14, 2010

PUDING KOKTAIL KASTARD

Selamat malam buat pembaca sekalian. Hari ini merupakan cuti umum sempena Hari Wesak. Anak-anak Mina semuanya sedang bercuti dan ada di rumah. Meriah sungguh rumah Mina untuk tiga hari ini. Baiklah sempena hari cuti sebegini, Mina pun merajinkan diri untuk membuat resipi 'Pencuci Mulut' yang Mina namakan Puding Koktail Kastard. Cara membuatnya amat mudah ya pembaca sekalian. Itupun pada orang yang sudah pernah memasaknya. Kepada sesiapa yang suka makan Puding Koktail Kastard ini tetapi tidak tahu atau masih ragu tentang cara atau teknik membuatnya, di sini Mina sertakan gambar dan tip-tip yang amat mudah anda ikuti. Mina mahu pembaca sekalian dapat menikmati keenakan menu ini sama seperti menu yang telah Mina buat ya.

Flash back zaman kecil Mina dahulu, biasanya Puding Koktail Kastard ini, emak Mina buat apabila ada majlis keraian seperti hari jadi dan kenduri kendara. Yang paling Mina tidak suka apabila memasak menu ini ialah apabila Mina terpaksa membantu emak mengacau adunan puding kastard itu hingga menjadi likat di atas api dapur. Masa itu, tangan Mina benar-benar lenguh kerana emak terus memberi arahan supaya Mina terus melajukan kacauan senduk kayu ditangan Mina, kerana emak tidak mahu adunan puding kastard itu menjadi bergentel-gentel dan berketul-ketul. Nanti tidak cantik. Bahaya tu pembaca sekalian. Ini sudah menjadi kes penderaan kanak-kanak. Oleh kerana Mina kengerian, takut dimarahi emak, apa lagi, Mina teruslah mengacau dan mengacau hingga berpeluh-peluh dahi menahan lenguh dan kepanasan wap puding kastard. Silap-silap haribulan, ada juga setitik dua peluh Mina menitik ke dalam periuk puding kastard itu. Hehehe....pembaca sekalian jangan beritahu emak Mina ya. Ini rahsia kita-kita saja.

Baiklah, dengan tidak membuang masa, jom kita hayati cara-cara untuk memasak Puding Koktail Kastard.



Bahan-bahan yang diperlukan ialah 1 bungkus tepung kastard, 1/2 bungkus tepung jagung, 2 tin susu cair, 2 tin buah-buahan campuran, 3 biji telur, sesudu garam, gula dan air putih ikut kecairan tepung itu.


Mula-mula sediakan periuk. Masukkan tepung kastard, tepung jagung, gula dan garam.


Kemudian masukkan 1/2 tin susu cair.


Selepas itu, masukkan air putih dan kacau rata.


Kacau rata-rata hingga tepung itu sebati dan tidak berketul-ketul. Jangan ditenggekkan di atas dapur ya.

Kacau dahulu 3 biji telur tadi di mangkuk lain dan kemudian masukkan ke dalam bancuhan adunan tepung itu.

Kacau hingga rata dan jika adunan tepung itu pekat..campur lagi dengan air putih. Sebenarnya Mina tidak menggunakan sebarang sukatan untuk menyukat air kerana Mina hanya menganggarkan saja tahap kecairan dan kepekatan bancuhan itu.


Beginilah rupanya apabila bancuhan adunan itu sudah sebati. Tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat. Kemudian, bolehlah ditenggekkan ke atas api dapur dan mulalah mengacau adunan ini tanpa henti. Ingat!!...jangan sampai air peluh terpercik ke dalam adunan kastard ini. Mina saman anda nanti.


Kacau lagi hingga adunan menjadi pekat. Api perlu dikuatkan pada tahap pertama dan apabila adunan menjadi likat, tolong perlahankan api dapur dan terus kacau dan kacau.


Haaa...nampak tak tu?. Adunan puding kastard Mina sudah mula memekat merangkap melikat. Api perlu diperlahankan sedikit ya. Kacau hingga adunan ini menjadi meletup-letup macam larva gunung berapi. Takut you....Mina takut terkena tangan Mina.



Kacau hingga adunan puding kastard menjadi berkilat seperti gambar di atas.


Nampaknya, adunan puding kastard Mina sudah pun masak. Oleh itu, bolehlah dipadamkan api dapur.


Sebaik-baiknya, sebelum menanak adunan puding kastard tadi, pembaca perlulah menyediakan bekas acuan. Di sini Mina sediakan acuan tupperware besar supaya memudahkan kerja-kerja Mina. Pembaca boleh juga menggunakan acuan comel kecil-kecil yang terdapat di pasaran. Tuang adunan puding kastard yang telah masak itu ke dalam acuan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendinginkannya lagi.



Sekarang mari kita belajar cara membuat kuah puding kastard. Mula-mula sediakan periuk dan tuang baki 1 tin setengah susu cair tadi.



Kemudian, ambil 1 sudu tepung kastard dan bancuhkan dengan sedikit air putih. Apabila tepung kastard itu sudah sebati dengan air, masukkan ke dalam susu tadi. Fungsi tepung kastard ini ialah untuk menjadikan warna kuah puding kastard ini kekuningan dan pekat sedikit.


Kemudian, masukkan gula pasir dan air. Kuantiti gula dan air mengikut kepekatan dan kemanisan yang anda inginkan ya. Dan yang paling penting sekali ialah kuah puding ini cukup untuk puding kastard yang telah anda tanak sebentar tadi.




Setelah itu, bolehlah tenggekkan periuk kuah itu di atas api dapur dan kacau. Tunggu hingga menggelegak dan rasa tahap kemanisan yang diingini. Apabila sudah berpuashati, bolehlah dipadamkan api dapur. Nyahkan haba dan apabila sudah kurang panas, bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mendinginkannya.



Ini pula buah-buahan campuran yang telah Mina salinkan tempatnya dan masukkan ke dalam bekas tupperware supaya mudah untuk Mina gunakan apabila hendak menghidang nanti. Buah-buahan campuran ini juga perlulah dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana Puding Koktail Kastard enak dimakan apabila sejuk.



Inilah rupa puding kastard yang baru Mina keluarkan dari peti sejuk. Apa macam?. Cun dan gebu tak?



Baiklah, tibalah masanya untuk acara menghidang Puding Koktail Kastard. Puding kastard itu perlu dipotong kecil-kecil terlebih dahulu ya.



Sediakan mangkuk yang sesuai untuk memakan puding dan susun puding kastard ke dalam mangkuk itu dan letakkan buah-buahn campuran bersama airnya sekali.




Kemudian, tuangkan kuah keatas puding kastard itu.



Jeng...jeng..jeng.....Beginilah hasilnya Puding Koktail Kastard buatan 'Dari Dapur Mina'. Mudah kan?. Diharap pembaca sekalian mahu mencuba ya. Jom kita makan....Mina sudah tidak sabar hendak menikmatinya. Rasa kuahnya yang lemak berkrim dan manis itu benar-benar menggoda tekak Mina. Sejuk, dingin dan lembut sekali rasa pudingnya itu. Ditambah lagi dengan rasa masam manis buah-buahan campuran yang mengharum sangat menggiurkan. Ermmm...syahdunya deria rasa Mina.

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ

26 comments:

  1. air koktail tu boleh campur tak dalam kuah puding?

    ReplyDelete
  2. Salam Cahaya,

    Itu sudah semestinya. Memang digalakkan sangat mencampurkan air koktail tu dalam hidangan kuah puding. Rasanya akan menjadi lebih sedap.

    ReplyDelete
  3. salam mina... thanks yek.. dah lama cari cara nak buat kuah puding nie...

    ReplyDelete
  4. Sama-sama Azie. Semoga resipi ini bermanfaat buat kita semua.

    ReplyDelete
  5. salam..

    kak mina nanti nak buat puding kastard ni..saya ni memang peminat tegar puding kastard. habis semua resepi puding kastard dicuba tapi tiada yang berkenan di lidah saya ni.

    Harap2 resepi kak mina ni menepati citarasa saya. tengok gambar kastrd berkilat tu meleleh pulak air liur saya. tq

    ReplyDelete
  6. W'salam Zifa,

    Tip untuk dapatkan kuah puding yang lemak lagi sedap. Sukatannya mesti 1 tin susu : 1 tin air. Kalau guna 2 tin susu maka air juga perlu ditambah 2 bekas tin susu tadi. Mudah kan?. Selamat mencuba dan insyaAllah menjadi.

    ReplyDelete
  7. salam mina.
    saya ni suka masak. macam2 benda saya dah masak. saya teringin nak masak ikan siakap yang sedap. ada tak caranya?

    ReplyDelete
  8. Hi Sham,

    Biasanya ikan siakap lebih sedap jika dimasak kukus atau masam manis. Tetapi ada sebuah restoran makanan laut ditempat tinggal Mina yang menyediakan Ikan Siakap Goreng dan dicicah dengan kicap yang telah dimasukkan hirisan bawang, lada dan perahan limau kasturi. Restoran ini sangat famous dengan menu ini ya. Ikan siakap itu hanya digoreng tanpak dibuang sisik dan dilumurkan dengan garam sahaja. Sudah tentunya ikan siakap ini masih fresh. Mina suggestkan anda mencuba menu ini. Walaupun resipi ini nampak simple tapi tetap sedap dan bisa menggoda selera.

    ReplyDelete
  9. anngaran resipi utk yg baru blaja nk msk ni brape ek sbb sya tgl ber2 jer..hehehehheheh

    ReplyDelete
  10. Cuba buat anggaran ini ya. Tapi Mina tidak pernah gunakan cara ini sebab biasanya Mina memasak dalam kuantiti yang banyak.

    1 cawan kecil tepung jagung
    1/2 cawan kecil tepung kastard
    4 cawan air ( jika bancuhan nampak terlalu pekat, sila masukkan air sedikit lagi )
    1 biji telur
    1/4 susu cair
    secubit garam
    2 sudu makan gula pasir.

    Sila cuba ya...InsyaAllah jadi jika anda prihatin dengan apa yang telah Mina ajarkan di situ. Wassalam.

    ReplyDelete
  11. OK..TIMA KSH...XSABAR NK WAT..HEHEHEHHEH

    ReplyDelete
  12. nampk menarik.. kalu tak guna tpung jagung bolh tak? n sdap tak kalu kuahnye pkai susu kotak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga jika mahu menggunakan tepung kastard tetapi Mina tidak suka akan rasanya yang sedikit pahit dan tekstur pudingnya yang cepat merekah jika ketika memasaknya bahan itu kekurangan air. Mengenai susu kotak dan susu cair. Sebenarnya susu cair atau susu isian rasanya agak lemak dan warnanya agak cantik kekuningan. Tidak menjadi masalah, jika anda ingin mencuba. Kalau ingin mencuba, cubalah dua-dua versi masakan yang menggunakan bahan-bahan yang berlainan ini dan ikutlah mana-mana resipi yang serasi dengan tekak anda.

      Delete
  13. Replies
    1. Hanania Hanin, jika terliur, bolehlah mencuba di rumah ya :)

      Delete
  14. Kak....tgk email k.... :(

    ReplyDelete
  15. Kak...cek email k :(

    ReplyDelete
  16. hi Mina...mau tny oooo....
    time acuan mmg cant8k..tp time lepas masak tu due jd ketul2....tp sy xletak tepung jagung....
    Q...cmne xnk bg acuan tu jd ketul2...feedback plzzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding kastard ini perlu dikacau dari mula hingga ia menjadi pekat dan likat. Jika dari permulaan anda gagal untuk mengacaunya tanpa henti dengan betul, puding kastard ini akan jadi berketul-ketul dan tidak cantik. Teknik kacauan itu kena betul. Keadaan api juga perlu pada nyalaan yang kecil sahaja. InsyaAllah, saya akan kongsikan cara mengacaunya dengan lebih jelas lagi di masa hadapan. TQ:)

      Delete
  17. Replies
    1. kak mina, ni resipi utk berapa orang makan ? byk ke hasilnya ni ? kalau untuk jamuan sesuai ke gune sukatan ni ?

      Delete
    2. Puding ini untuk 20 orang makan. Jika anda ingin membuat jamuan dengan bilangan tetamu yang ramai, sila gandakan kuantitinya ya.

      Delete