Thursday, June 10, 2010

AYAM MASAK PADANG

Selamat malam kepada semua pembaca blog 'Dari Dapur Mina' yang Mina sayangi. Sebelum Mina mula menceritakan hal-hal berkenaaan resipi masakan, Mina dengan muka bersalahnya menyusun sepuluh jari meminta seribu maaf kerana sudah agak lama tidak mengeluar entri-entri resipi terbaru lagi terkini. Almaklumlah, akhir-akhir ini, Mina terlalu sebuk melayan kerenah anak-anak Mina yang sedang dalam suasana cuti persekolahan ini. Ini pun Mina curi-curi masa menulis entri. Kalau pembaca mahu tahu, sekarang ini jam sudah pun menunjukkan keangka 1: 30 pagi. Seram benar bila Mina memikirkan yang hanya tinggal Mina seorang yang masih duduk di depan lap top di pagi-pagi buta begini.

Jomlah kita terus menyalin resipi. Rasa-rasanya bulu roma Mina ini dah mula merinding keseraman. Macam-macam bunyi yang Mina dengar dari arah luar rumah Mina. Seram you!!. Sambil Mina menulis entri ini, mulut Mina terkumat kamit membaca ayatul Kursi untuk menghilangkan rasa ngeri dan seram yang secara tiba-tiba saja menyerang perasaan Mina kala ini.

Jom kita layan salin resipi masakan Padang iaitu 'Ayam Masak Padang'.




Bahan-bahan lazim yang diperlukan untuk memasak resipi ini ialah 1 ekor ayam yang dipotong ikut suka, santan, 2 helai daun limau purut, 2 keping asam keping, bahan kisar ---> cili padi (pastikan cili padi dicampur dengan cili padi warna hijau dan merah), 2 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, kunyit hidup, sedikit lengkuas dan sedikit halia, sebiji bawang besar dimayang halus, 2 biji buah keras selepas disangai kemudian di tumbuk, 2 batang serai dititik, air putih, minyak untuk menumis, garam dan serbuk perasa.



Mula-mula sangai tanpa minyak 2 biji buah keras.



Kemudian, tumbuk lumat seperti gambar di atas. Seperti mana yang kita tahu, masakan Padang ini biasanya tidak lari dari bahan-bahan seperti buah keras, lengkuas dan daun limau purut.



Kemudian, panaskan minyak ke dalam periuk dan tumis bawang besar yang telah dimayang halus tadi.




Setelah hirisan bawang itu garing dan berbau wangi, sila masukkan bahan-bahan kisar tadi. Jika mahu pedas, boleh lebihkan cili padi ya. Ikut selera masing-masing lah ya. Tumis hingga naik minyak dan mengharum seluruh ruang dapur anda ok.



Kemudian, masukkan pula 2 batang serai yang telah dititik.



Kacau lagi dan apabila bahan tumis sudah garing, tuangkan sedikit air dan masukkan ayam.



Tuangkan santan, masukkan 2 keping asam keping dan 2 helai daun limau purut. Kemudian gaul rata.



Biarkan hingga kuah mendidih dan kecilkan sedikit api dapur. Apabila daging ayam sudah mulai empuk, sila masukka garam dan serbuk perasa. Kemudian gaul rata. Jika inginkan kuah yang pekat, pastikan anda tidak memasukkan air putih terlalu banyak ya. Di sini Mina suka kuah masakan ini sedang-sedang atau rap-rap saja. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.



Apabila daging ayam itu sudah empuk, bolehlah masukkan garam dan serbuk perasa. Rasalah tahap keenakan yang anda suka. Besarkan sedikit api dapur dan biarkan kuahnya mendidih sebentar dan akhir sekali bolehlah dipadamkan api dapur.



Beginilah hasil masakan 'Ayam Masak Padang' istimewa Dari Dapur Mina. Rasa masakan ini memang sedap dan lazat. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Mina ini adalah penggemar masakan Padang. Ermmm....kalau pembaca hendak tahu rasa keenakannya, jomlah cuba resipi yang Mina sediakan ini. Jangan malu, jangan segan ya. Baiklah pembaca sekalian, Mina harus berundur diri sekarang kerana malam sudah semakin larut dan jam sudah pun berdenting keangka 2:00 pagi. Kedengaran suara aneh lagi menyeramkan berbunyi di luar rumah sekarang ini pembaca. Mina sudah rasa seram . Baik Mina pecut lari buka langkah seribu naik ke atas dahulu. Selamat malam semua!!


16 comments:

  1. Salam Perkenalan Mina,
    Ternyata Mina Perempuan yang kreatif. Saya asal Padang. Pintar benar Mina buat Masakan Ayam Padang. Pernahkah coba masakan asli Padang Sumatera Barat - Indonesia? tq

    ReplyDelete
  2. Salam Diwarman,

    Sebenarnya saya amat menggemari masakan Padang yang dijual di restoran-restoran yang terdapat di Malaysia. Masakan asli padang dari Sumatera Barat, saya tidak pernah merasainya kerana saya belum berpeluang mampir ke sana....jika saudara mempunyai pengetahuan tentang masakan Padang, bisakah saudara berkongsi dengan saya?.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. pandai akak nih memasak yer..suka tgk blog akak nihh...kek akak x wat ke??:)

    ReplyDelete
  4. Salam Sue,

    Kek akak buat juga tetapi tidak selalu. InsyaAllah, kalau akak rajin dan ada masa, nanti akak bancuh tepung jadikan kek ya. Mudah sangat Sue cara hendak buat kek ni. Mesti ada tepung, telur, mentega, gula, ovellet dan perasa yang diingini. Pukul pakai mixer, masuk dalam loyang, panaskan oven dan bakar. Kuantiti bahan-bahan perlu dijaga betul-betul. Kalau tidak, mahunya kek itu bantat. Ermm....naya.

    ReplyDelete
  5. cantiknya umah dia neat and tidy.blog juga cantik tersusun

    ReplyDelete
  6. Salam Nora,

    Terima kasih di atas pujiannya. Rumah adalah syurga kita sekeluarga oleh itu hiasilah rumah kita dengan kebersihan dan perhiasan yang kita suka sahaja.

    ReplyDelete
  7. nak tanya...yang masak ayam masak padang tu, ble masanye kte nak masukkan buah keras yang telah ditumbuk selepas disanggai dalam kuali tanpa minyak tu? saya dah teliti tp x pasan ble Mina masukkannya..maaf kalo saya yang terlepas pandang..hehehhe

    ReplyDelete
  8. Oooo..Masalah buah keras yang menjadi tandatanya ya. Maaflah Mina terlepas pandang. Buah keras yang telah ditumbuk itu bolehlah anda memasukkannya sekali bersama bahan-bahan kisar semasa menumis. Mudah saja kan. Jika anda masih ragu, bolehlah utarakan persoalan lagi ya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. sangat suka your blog! my reference untuk orang yg tak tahu masak macam saya. siap ader step by step!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hasleena Hamzah. Rajin-rajinkan diri mencuba semua resipi yang ada di sini, nanti lama-lama boleh jadi pakar memasak di dapur sendiri. Masak cara baling-baling dan campak-campak pun dah terasa sedapnya :)

      Delete
  10. asl akak...blog ni sgt menarik..simple.dan x berserabut...cara masak pun detail...senang nk cuba resepi nih...akak berasal dari negeri mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi singgah di blog masakan ini. Akak berasal dari Johor Bahru dik. TQ:)

      Delete
  11. salam kak , saya pun suka masak di dapur, tapi baru nak belajar2 masak sedap, tak sangka jumpa blog akk, banyak resepi sedap ! saya nk cuba!tq sharing kak.hari ni saya masak ayam masak padang!sgt sedap!!hehehe..

    kak, saya akan follow blog akk, kalau sudi follow la blog saya :) hehe..tq ----> http://celotehcikorkid.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt Dik

      Wahh...Bersemangat akak membaca keterujaan adik terhadap blog Dari Dapur Mina ini. InsyaAllah, akak akan follow blog adik ya. TQ:)

      Delete
  12. comel weihh demo putih melepok....nk berkenalan

    ReplyDelete