Jom Klik!

Tuesday, August 17, 2010

AYAM GORENG KENTUCKY

Assalamualaikum semua. Hari ini jom kita bertukar selera. Yalah, kadang-kadang tu, Mina pun menjadi blur sebab tidak tahu mahu memasak menu apa untuk berbuka. Ada masa tu, Mina jadi jemu dengan menu lauk pauk yang berkuah segala bagai. Jadi hari ini, Mina ingin berkongsi dengan pembaca sekalian satu resipi yang mudah dan sedap. Kiranya ini resipi segera ala-ala macam makanan 'fast food'.

Tetapikan pembaca sekalian, dulu masa zaman sekolah Mina, ada seorang cikgu Mina ni, beliau memang tidak suka jika mengetahui yang anak-anak murid beliau suka makan makanan 'fast food' seperti maggie mee, makanan frozen, junk food dan yang sewaktu dengannya. Mina masih ingat lagi beliau pernah berkata pada Mina and The Gang. Beginilah lebih kurang kata-kata beliau yang masih Mina ingat : " Kamu semua ni suka benar makan makanan segera. Kamu tahu tak?. Segera kamu dapat menghidangkan makanan itu dan segera kamu dapat menikmatinya, maka segeralah kamu mati". Ishhhh...cikgu Mina ni. Tak sayang mulut betul. Ada ke patut beliau mendoakan kami macam tu. Tetapi bila difikir-fikirkan semula, memang ada kebenarannya. Oleh itu...berwaspadalah!!!


Resipi Mina hari ini ialah Ayam Goreng Kentucky.




Bahan-bahan yang diperlukan ialah ayam, putih telur, tepung goreng ayam kentucky ( yang sedia masin) dan minyak untuk menggoreng.


Ayam dibersihkan dan sila tuangkan putih telur itu ke atas ayam dan gaulkan hingga rata. Fungsi putih telur adalah sebagai gam@ pelekat tepung ke badan ayam.



Sementara itu bolehlah panaskan minyak ke dalam kuali. Minyak perlu banyak ya. Jangan jadi Haji Bakhil. Nanti tak berkat.


Kemudian, masukkan tepung ke dalam pinggan.


Dan salutlah ayam itu dengan tepung kentucky tadi. Salutkan rata-rata ya.



Nampak tu. Ayam pun pandai mahu cantik. Siap pakai bedak sejuk lagi.


Apabila minyak sudah panas, sila masukkan ayam-ayam yang telah disalut dengan tepung sebentar tadi. Kawalan api sangat penting. Api jangan terlalu besar atau kecil. Sederhana sahaja ya. Kerana Mina tidak mahu ayam gorengan anda hangus di luar tetapi mentah di dalam. Berhati-hati ya kerana teknik menggoreng ini teramatlah penting.



Paling-palingkan ayam tersebut. Pastikan ayam-ayam itu hapus atau tenggelam di dalam minyak gorengan yang panas itu supaya masaknya luar dan dalam well done bak kata nenek Mina yang bermaustatin di London.



Beginilah hasil resipi Ayam Goreng Kentucky. Jadi, mulai dari sekarang, tak payahlah anda sekeluarga makan di KFC. Rasanya sama saja. Selamat mencuba!!!

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ

2 comments:

  1. tp kalu kte gne tpung sgera 2 nak bg lg ranggup mcmana ye........tlg la bg taw sy

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya banyak cara untuk merangupkan ayam goreng walaupun anda menggunakan tepung segera ini. Anda boleh mencampurkan sedikit tepung jagung atau tepung ubi atau menggolekkan ayam itu dengan serbuk roti (bread crumbs) atau mencampurkan dengan biskut lemak yang telah dihancurkan (ini kaedah untuk mendapat bancuhan goreng pisang yang enak dan rangup). Cubalah mana-mana kaedah yang sesuai dengan citarasa anda. Terima kasih :)

    ReplyDelete