Jom Klik!

Tuesday, August 3, 2010

SUP KETAM ISTIMEWA UNTUK PESAKIT DEMAM DENGGI

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Dari Dapur Mina yang sangat Mina sayangi. Minta maaf lah banyak-banyak kerana akhir-akhir ini Mina teramatlah sebuk dan tidak sempat untuk mengeluarkan apa-apa entri di blog ini.

Untuk pengetahuan pembaca semua, baru-baru ini anak sulung Mina yang bernama Hidayah telah diserang penyakit Demam Denggi. Waktu itu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perasaan Mina. Betapa cemas dan sedihnya Mina. Tetapi sekarang ini, alhamdulillah Hidayah sudah sembuh dari penyakit Demam Denggi dan sudah mula bersekolah seperti biasa.

Oleh itu, sempena dengan penyakit Demam Denggi yang telah menyerang anak Mina, di sini Mina ingin berkongsi satu resipi yang sangat sesuai untuk menjamu para pesakit Demam Denggi. Dengarnya, resipi Sup Ketam ini boleh membongkar panas dan menjadikan darah pesakit Demam Denggi kembali normal seperti biasa. Apa lagi yang ditunggu, jom kita balun memasak...





Bahan-bahan lazim untuk memasak Sup Ketam ialah ketam (kalau dapat Ketam Nipah lagi baik), bahan kisar---> halia, bawang putih, bawang merah & lada putih, daun sup, daun bawang, bawang goreng, minyak untuk menumis dan air.


Ketam perlu dibersihkan seperti gambar di atas. Nampak tak??...


Oleh kerana bahan kisarnya sedikit, oleh itu, Mina malas kisar menggunakan pengisar. Mina tumbuk saja. Memekak pula kedengaran bunyi bising batu tumbuk berlaga dengan alu lesung.


Kemudian, panaskan periuk. Tuangkan minyak sedikit ( Mina guna minyak jagung ya). Apabila minyak sudah panas, sila masukkan bahan kisar tadi.


Tumis hingga garing seperti gambar di atas ya. Gaul rata-rata.


Kemudian masukkan air putih sedikit. Kuah jangan sampai berladung-ladung. Ingat tu!!



Masukkan pula ketam yang sudah dibersihkan.


Kemudian tuangkan air putih lagi hingga ke paras melepasi ketam-ketam itu. Kuah sup perlu dilebihkan sedikit kerana kuahnya akan cepat surut kerana kita akan menghirupnya semasa makan nanti. Tetapi jangan masukkan air secara berlebihan kerana bimbang hilang rasa kemanisan isi ketam .


Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa dan apabila kuah sudah mendidih dan kulit ketam sudah bertukar warna menjadi kemerahan, itu tandanya yang ketam itu sudah masak menyeluruh. Orang London kata 'Well Done'. Oleh itu, bolehlah padamkan api dapur ya.


Semasa hendak dihidangkan itu, sila hiriskan daun bawang dan daun sup kasar-kasar dan tabur ke dalam mangkuk Sup Ketam itu dan taburkan juga bawang goreng . Beginilah hasilnya masakan Sup Ketam istimewa untuk para pesakit Demam Denggi. Untuk pengetahuan pembaca semua, rasa Sup Ketam ini tidak hanyir tetapi manis isi ketam itu benar-benar membuatkan kita hendak terus menghirup kuahnya hingga licin. Apa tunggu lagi, jomlah cuba. Janganlah asyik memasak ketam dengan menu yang sama. Asyik-asyik Masak Lemak, Masak Kari, Masak Sambal dan Masak Black Pepper. Sesekali cuba pula resipi Sup Ketam ini ya pembaca. Akhir kalam, pastikan ketam itu dicuci bersih dan lada putih wajib ditumbuk dan dimasukkan ke dalam Sup Ketam ini. Wassalam.

P/S: Jangan lupa klik iklan kat atas dan tepi tu tau. TQ

39 comments:

  1. nyummy!!!!

    -budak bodoh ukm-

    ReplyDelete
  2. Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

    ReplyDelete
  3. Salam Mina
    Akak ucapkan Selamat berpuasa buat Mina dan keluarga.Janganlah pulak Mina bercuti untuk berblog ,sebab akak dan peminat2 Mina sentiasa tertunggu N3 terbaru dari awak.sejak dah kenal blog awak ni rasa rugilah pulak kalau tak masuk akak suka sangat membaca celoteh awak tuuu....
    Pasal sup ketam tu,memang betullah mina semua orang kaitkan sup tu dengan demam denggi apa2 pon benda yang sedap ok aje tak gitu.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak SH. Mariam,

    Dikesempatan ini Mina ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada akak dan pembaca setia blog Dari Dapur Mina. InsyaAllah, Mina akan mengeluarkan lebih banyak entri masakan sempena bulan Ramadhan ini. Sila jengah-jengah selalu blog ini ya kak...Terima kasih..:)

    ReplyDelete
  5. hi.. sy akan cuba resipi ini utk adik sy yg kene demam denggi. till now, platelet dia 96...

    tq 4 da resipi

    ReplyDelete
  6. serbuk perasa tu guna serbuk apaa?? sorry fes time masak :P

    ReplyDelete
  7. Salam Aisa,

    Kalau Aisa hendak masak untuk orang sakit, tak perlulah memasukkan serbuk perasa dan yang sewaktu dengannya. Cukuplah hanya dengan memasukkan garam sahaja. Tapi kalau Aisa hendak memasukkan serbuk perasa juga, bolehlah memasukkan sedikit ajinamoto atau yang sama waktu dengannya. Semoga adik Aisa cepat sembuh. Ameen.

    ReplyDelete
  8. salam,nk tanye...macamana plak lau kena penyakit demam campak,de x makanan yang bersesuaian tuk penyakit ni?cuba bg pandangan atau petua masakan...boleh sy mencuba.

    ReplyDelete
  9. Salam Zila,

    Kalau sedang kena penyakit demam campak, eloklah kiranya pesakit itu diberi minuman air kelapa muda supaya campak yang ada dibadan mereka segera keluar dan tidak menyeman dalam badan. Demam campak ini juga adalah penyakit yang merbahaya. Kurangkan makanan-makanan yang boleh menjadikan pesakit alah dan berasa gatal. Perlu dilihat pada pesakit itu sendiri. Lain orang, lain pula alahannya. Dan untuk rawatan luar, selepas semua campak itu sudah keluar ( pastikan semua campak sudah keluar dan pesakit sudah sembuh dari demam) bolehlah disapukan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan kisaran daun cermai. Jadikan bedak dan sapukan seluruh badan. Mina pernah kena demam campak kecil dan besar. Alhamdulillah, dengan menggunakan teknik yang telah Mina ajarkan tadi, kulit Mina menjadi lebih putih, licin dan gebu. Caranya ialah: Beli ubat sejuk yang dijual dipasaran dan cari daun cermai dan cuci dahulu. Kemudian kisar daun cermai dengan pengisar dan setiap kali ingin membedak, campurkan kisaran daun cermai itu dengan bedak sejuk tadi. Kisaran daun cermai yang lebih, bolehlah disimpan didalam peti sejuk. Mudah bukan?..Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  10. wah, nampak sedapnya sup ketam tu..

    ReplyDelete
  11. Saya baru nak cuba untuk anak saya yang kena demam denggi.

    ReplyDelete
  12. InsyaAllah memang sedap Sha. Masa akak kecil-kecil dulu, akak tinggal di kawasan laut. So, nelayan selalu pulang dengan membawa hasil tangkapan laut seperti udang popai, udang, ikan dan ketam. Oleh kerana terlalu banyak dapat makan ketam percuma, maka emak akak hanya merebus ketam-ketam itu kerana sudah tidak larat untuk dimasak lemak mahupun kari. Ketam jika direbus pun sedap, inikan pula jika dibuat sup. Lagilah sedap dan manis rasanya.

    ReplyDelete
  13. Teratakerapung, sila buat sekarang dan jangan bertangguh lagi. Selain masakan ini boleh membongkar panas, ianya juga boleh membantu meningkatkan kiraan platelet sel darah merah. Selain itu, pastikan pesakit diberi minum air putih secukupnya dan air 100 plus atau minuman berisotonik juga bagus untuk pesakit ini.

    ReplyDelete
  14. thanks a million. nak try lah.. salam sayang dari subang jaya..

    ReplyDelete
  15. Hi Persona Zura,

    Terima kasih kembali dari Mina di Johor Bahru. Salam rindu di angin lalu :)

    ReplyDelete
  16. tq sis mina..adik sy sedang mengalami demam yg berbalik2x dan dr suspek denggi..so ingt mlmni nk try masak sup ketam mcm yg akk share kan ni..thanks again sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga adik anda cepat sembuh dari penyakit ini. Cubalah amalkan memakan Sup Ketam dan jangan lupa minum air putih dalam kuantiti yang banyak supaya suhu badan yang panas itu akan segera kebah.

      Delete
  17. anak saya baru kena masuk ward tadi kerana demam denggi...sedihnya saya...terus saya balik cari resepi sup ketam yang simple...thanks for the recipe..esok pagi jugak saya buat , mudah2an the one and only anak perempuan saya sembuh segera..doa2kan lah yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga cepat sembuh anak Edora. Ameen.

      Delete
  18. wahh...kalau mcm nie..org yg tak demam denggi pun rasa selera dgn sup ketam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Sebenarnya orang yang tak sakit yang lebih beriya-iya memakan sup ketam ini. TQ :)

      Delete
  19. T.kasih byk2 dgn resipi ni... Smoge ibu mertua sy akan dikeluarkan dri icu secepat mgkin.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ibu mertua anda cepat sembuh. Ameen.

      Delete
  20. Slm Ramadan utk Kak Mina, terima kasih berkongsi blog, ditambah pulak anak saya pon sama dah seminggu demam, tp slps buatkan sup ketam ni alhamdullilah beransur pulih. Di selang selikan dgn meminom air 100+ dan air buah2han yg lain. Insyaallah beransur pulih la hendaknya. Amin..

    Slm slmt berpuasa semua..
    Nurelg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan salam Ramadhan dari akak di sini. TQ :)

      Delete
  21. saya pernah kena genggi sampai x boleh bangun sbb bdn lemah sgt2..hlg selera mkn..hari pertama hsband buat sup ketam mkn skit je itupun kena paksa sbb mmg xde selera lansung..tp bila dia tgk sy dah boleh bngun (wlupun punyala siksa), dia buatkan lg esoknya..hari ke 3 saya trus kebah..wlupun masih lemah tp dah selera mkn trutama hirup sup ketam..mmg x dinafikan sup ketam boleh mengubat denggi..dgn izin ALLAH insya ALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Boleh sembuh dengan izin Allah swt. TQ:)

      Delete
  22. Salam . Sy nak tanya if tunang sy demam denggi then badan dia gatal2 boleh ke dia makan sup ketam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam WBT
      Jika tunang anda ada alahan pada makanan laut, lebih baik jangan diberi sup ketam ini. Cuba bagi dia makan buah tembikai dan banyakkan meminum air putih. TQ

      Delete
  23. Fuhh macam sedappp je..thanks for sharing dear..nak tau kenapa sup ketam menjadi penawar denggi..


    Sup Ketam Penawar Demam Denggi

    ReplyDelete
  24. ermmmm...sedapnyer sup ketam ni...lama tak makan...

    http://www.chatchantek.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok boleh masak resipi sup ketam ni :)

      Delete
  25. alhamdulillah, sedap hingga menjilat jari. heheh

    ReplyDelete
  26. Emmmm...memang sedap..thanks sgt2...ank2 semua puji sedappp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka juga. Puas sangat bila dapat menghirup kuah sup ketam ini. Betul kan?. :)

      Delete
  27. Sy pun tgh mencari resepi sup ketam ni.Terjumpa blog ni.Nak try resepi ni.Hsbnd demam dan lenguh2 badan dan disyaki denggi..Pg klinik td, tp kene tggu sampai ptg ni.Kalo x kebah jg kene pg emergancy pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ikhtiar dengan sup ketam ini pula. InsyaAllah, cepat sembuh suami anda nanti. Ameen. TQ

      Delete