Monday, January 10, 2011

SIAKAP STIM LIMAU


Assalamualaikum wbt dan apa khabar pembaca sekalian?. Rasanya sudah agak lama Mina tidak mengemaskini blog ini. Almaklumlah, di awal-awal tahun ini, Mina agak sebuk menguruskan segala kelengkapan persekolahan anak-anak. Mengaturkan masa tuisyen mereka dan memastikan jadual tuisyen mereka tidak bertembung dengan aktiviti di asrama.

Baiklah pembaca yang dirahmati Allah sekalian, dengan sukacitanya malam ini Mina ingin berkongsi dengan pembaca satu resipi istimewa yang biasanya kita makan di restoran-restoran masakan Thailand. InsyaAllah, mulai dari malam ini, anda di rumah boleh membuatnya sendiri kerana cara masakannya sangat mudah, praktikal dan enak di makan bersama keluarga. Resipi itu Mina namakan Siakap Stim Limau.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah ikan siakap, limau nipis dihiris nipis, asam keping, cili padi diketuk, daun sup & daun bawang dihiris kasar, batang sup dihiris serong, tomato dibelah empat, bawang besar dihiris bulat, halia dihiris panjang, bawang putih dicincang, sedikit minyak, sos ikan, garam & serbuk perasa.






Sementara itu, anda perlu memanaskan air di dalam kukus hingga air itu mendidih dengan suhu 100 darjah celcius. Sesiapa yang di rumah tiada pengukus, bolehlah menggunakan kuali yang dimasukkan air ke dalamnya dan alas dengan jaring atau alas periuk jenis besi berkaki dan sediakan penutup kuali ya. Mina lebih suka menggunakan pengukus sebab di rumah Mina memang ada periuk pengukus ini.




Selanjutnya, masukkan ikan siakap ke dalam loyang. Tabur dan susun seperti gambar di atas bahan-bahan yang telah Mina sebutkan sebentar tadi kecuali daun sup & daun bawang sahaja yang perlu ditabur selepas ikan siakap stim itu masak. Masukkan sedikit air sebagai kuah dan sedikit minyak masak ya. Jangan lupa masukkan sos ikan, garam dan serbuk perasa.



Setelah air dalam kukus mendidih, sila masukkan loyang yang sarat berisi ikan dan bahan-bahannya. Kemudian tutup pengukus anda itu dan biarkan selama 20 hingga 30 minit. Selalu jenguk keadaan ikan kukusan anda itu ya. Mina suka menyantap ikan yang well done masaknya.




Nampaknya selepas 25 minit, ikan Siakap Stim Limau Mina sudah siap untuk dihidangkan.




Tetapi sebelum Mina angkat loyang itu, Mina taburkan dahulu hirisan daun sup & daun bawang.




Nampak tak tu?. Aromanya sungguh harum dan menggoda jiwa yang kelaparan. Selepas itu, tutup sebentar pengukus tersebut.



Beginilah rupanya Siakap Stim Limau yang telah Mina hidangkan Dari Dapur Mina. Masakan ini sangat sesuai dimakan untuk hidangan makan malam. Semestinya, anda tidak perlu ke Restoran Tomyan untuk memesan menu ini kerana anda sudah boleh mempelajarinya dari blog ini. Selamat mencuba!!

15 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Resepi yang menarik untuk dicuba, insya Allah saya nak masak minggu depan, semua alat cukup. Syukran jazeelan kak mina.

    ustaz.

    ReplyDelete
  2. mmmm...aduhai sedapnya,x rugi menjengah kesini.salam Mina.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam wbt Mak Teh,

    Rajin-rajinlah mampir ke sini ya Mak Teh dan selamat beramal. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Asiyah,

    Silakan mencuba. Jangan ada perasaan gentar dan ragu. Sesungguhnya memasak itu mudah!!.

    ReplyDelete
  5. salam Mina,kenapa lama banget x post masakan,x sihat ka?mak teh doakan Mina sentiasa sihat ya.rindu ngan celoteh Mina,jgn la cuti lama2

    ReplyDelete
  6. Waalaikummussalam Mak Teh,

    Sorry for the late reply. Alhamdulillah, Mina sihat di sini. Baiklah, nanti Mina update Blog ini ya. Lately ni Mina jarang memasak, almaklumlah anak-anak semua tinggal di asrama. Tapi akan Mina usahakan seberapa segera untuk mengepost entri-entri baru yang bakal mencuit hati pembaca, terutama sekali untuk tatapan Mak Teh yang merupakan follower setia blog Dari Dapur Mina ini. Thanks Mak Teh for your support. Semoga Mak Teh juga sentiasa di dalam redha Allah swt. Ameen.

    ReplyDelete
  7. Salam kak mina, mcmana akak basuh ikan siakap supaya xhanyir?

    ReplyDelete
  8. W'salam...Kalau hendak hilangkan hanyir ikan sila cuci ikan tersebut dengan garam dan limau. Boleh gunakan limau kasturi atau limau nipis. Sure, rasa ikan tidak hanyir dan isi ikan juga segar.

    ReplyDelete
  9. air tu mmg kluar dr ikan ke kne letk air?

    ReplyDelete
  10. Masukkan sedikit air dan selebihnya adalah air yang keluar dengan sendirinya dari ikan yang telah kita kukuskan itu.

    ReplyDelete
  11. salam kak mina, blh ajarkan resepi jus pegaga yang paling simple? :)

    ReplyDelete
  12. Waalaikumussalam.

    Akak memang suka minum jus pegaga untuk tujuan perubatan masalah wanita. Memang dari dulu akak amalkan untuk meminum jus pegaga ini sebulan sekali. Sebenarnya ada 2 cara atau pilihan yang boleh anda cuba.

    Cara pertama:
    Pegaga itu dibersihkan dan dikisar halus lalu dimasak bersama air dan sedikit gula batu. Setelah air rebusan pegaga mendidih sebentar, rebusan air pegaga itu perlu ditapis dan hanya ambil airnya sahaja. Kemudian, boleh terus diminum dan air pegaga selebihnya yang masih banyak boleh disimpan di dalam peti sejuk dan diulang minum beberapa kali.

    Cara kedua:
    Basuh bersih daun pegaga dan masukkan ke dalam pengisar, masukkan gula jika suka dan boleh dicampurkan dengan sebiji limau sunkist atau perahan limah nipis atau perahan limau kasturi. Terserah pada anda. Selepas dikisar halus, bolehlah anda tapis bahan kisar tadi dan ambil jusnya dan tuangkan ke dalam gelas dan campurkan dengan sedikir ais. Ini merupakan jus pegaga yang segar, dingin dan berkhasiat.

    Cubalah mana-mana cara yang sesuai pada diri anda.

    ReplyDelete